This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

FOKUS KEPADA… Kanser Kolorektum

Tahukah anda bahawa saringan untuk kanser kolorektum adalah penting bagi penghidap IBD?1

Kenapa?

Radang kolon yang kronik dikaitkan dengan sedikit peningkatan risiko mendapat kanser kolorektum.2

Apakah yang boleh anda lakukan untuk melindungi diri anda?

1. Jalani saringan!

Pengesanan awal kanser kolorektum melalui saringan bermakna rawatan biasanya lebih berjaya.1 Berbincanglah dengan doktor anda tentang bila dan berapa kerap anda harus menjalani saringan dan jalani pemeriksaan kesihatan umum setiap tahun.

2. Teruskan dengan rawatan!

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa ubat-ubatan untuk mengawal keradangan dalam kolon juga boleh mengurangkan risiko mendapat kanser kolon.​1,3

Penghidap IBD lebih berisiko mendapat kanser kolorektum dan risiko akan lebih tinggi jika lagi banyak kolon yang terlibat. Kajian-kajian terbaharu menganggarkan, walaupun kanser kolon di kalangan penghidap kolitis berulser telah berkurangan dalam tempoh 60 tahun kepada 1.2 dalam setiap 1000 pesakit dalam mana-mana tahun, risiko akan
meningkat apabila lagi lama seseorang itu menghidap IBD.1,4

Ketahui lebih lanjut mengenai faktor-faktor risiko, kanser kolorektum dan ujian saringan.

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 0.00 (0 votes)
Loading...

Borang maklum balas