This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda MY EN

Persediaan untuk berjumpa doktor

Berjumpa doktor untuk membincangkan masalah usus boleh membuat anda malu atau takut. Ingat, doktor anda sudah biasa menangani pelbagai keadaan yang memalukan pesakit dan tidak akan berasa tidak selesa untuk berbincang mengenai simptom-simptom usus anda.

Bersedia lebih awal sebelum berjumpa doktor akan membantu anda berasa lebih berkuasa dan boleh menerima sebarang maklumat yang diperlukan. Di bawah ialah beberapa tip untuk persediaan berjumpa doktor.  Sama ada anda berjumpa doktor untuk kali pertama dan tidak tahu jika anda mempunyai IBD atau anda telahpun didiagnosis dengan IBD, tip-tip ini akan membantu anda mendapat manfaat sepenuhnya daripada janji temu tersebut.

Berjumpa doktor anda mengenai masalah usus

Simptom-simptom

Bincangkan semua simptom-simptom yang anda ada – sama ada ia berkait dengan usus anda atau tidak. Ini mungkin termasuk:

  • Cirit-birit
  • Sembelit
  • Darah dalam najis
  • Rasa pedih atau terdapat kudis/bisul di sekeliling dubur
  • Kepenatan atau kelesuan
  • Secara umumnya, berasa tidak sihat

Gunakan Pemeriksa Simptom kami sebelum berjumpa doktor – ia boleh membantu anda merekodkan simptom-simptom anda. Anda akan berasa lebih mudah untuk berbincang tentang simptom-simptom anda apabila membawa bersama cetakan keputusan.

Ubat-ubatan

Sediakan senarai semua ubat yang anda sedang ambil. Ini termasuk sebarang terapi alternatif/tambahan yang anda mungkin sedang lalui serta sebarang ubat daripada farmasi.

Pakaian

Pakai pakaian yang longgar agar memudahkan jika doktor anda perlu melakukan pemeriksaan fizikal.

Berjumpa Pakar IBD anda

Jika anda didiagnosis dengan IBD, anda akan dirujuk kepada pakar IBD. Beliau biasanya seorang doktor di hospital yang mempunyai banyak pengalaman berurusan dengan pesakit seperti anda.

Apabila anda berjumpa dengan doktor pakar, anda mungkin ingin:

  • Sediakan soalan: ini mungkin termasuk:
  • Bahagian manakah pada sistem penghadaman saya yang terjejas? (Anda boleh mengetahui lebih lanjut di bahagian ‘Ketahui tentang IBD’)
  • Berapa lamakah sebelum saya mula berasa lebih sihat?
  •  Berapa lamakah perlu saya mengambil ubat?
  • Apakah kesan sampingan daripada ubat-ubatan ini?
  • Adakah ia akan bertindak balas dengan ubat-ubatan yang saya sedang ambil?
  • Adakah keadaan lain selain daripada IBD yang mungkin menyebabkan simptom-simptom ini?
  • Jika simptom-simptom saya memarak, bilakah boleh saya menghubungi anda? Simptom apakah yang dianggap kecemasan dan bilakah patut saya tunggu untuk berjumpa doktor?
  • Berapa kerapkah perlu kita berjumpa? Bilakah janji temu saya yang seterusnya?
  • Adakah saya perlukan lebih banyak ujian? Jika ya, bila/berapa kerap?
  • Adakah IBD saya akan bertambah teruk?
  • Adakah terdapat pakar penjagaan kesihatan profesional lain yang patut saya jumpa, seperti jururawat gastro, pakar pemakanan, ahli psikologi, dan sebagainya)?
  •  Apakah perubahan gaya hidup yang perlu saya lakukan?
  • Adakah saya patut elakkan makanan atau ubat-ubatan tertentu untuk mencegah kemarakan simptom?
  • Adakah saya akan mempunyai pelan tindakan IBD?
  • Bolehkah IBD saya membawa kepada kanser kolon?
  • Adakah saya akan memerlukan pembedahan?
  • Bawa buku nota untuk mencatat jawapan – anda akan diberi penjelasan terperinci. Baca nota anda kemudian dan catatkan apa-apa soalan susulan yang anda mungkin ada untuk dibawa ke janji temu yang seterusnya.
  • Minta pakar IBD anda jelaskan tentang darah dan lain-lain keputusan ujian dengan anda
  • Buat jurnal makanan dan/atau simptom dan bawa bersama anda. Ini boleh digunakan untuk melihat makanan apa yang membuat simptom anda bertambah buruk dan boleh membantu merangka pelan tindakan IBD anda.

Bawa borang pelan tindakan IBD anda bersama-sama supaya anda boleh mengisi maklumat yang relevan bersama-sama doktor pakar anda

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 0.00 (0 votes)
Loading...

Borang maklum balas