This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda MY EN

Notis privasi

Terima kasih kepada anda kerana mengunjungi guts4life.com.my. Di Ferring, privasi anda adalah penting kepada kami dan kami adalah komited untuk memastikan amalan perlindungan data kami mematuhi peraturan perlindungan data Eropah dan negara tempatan yang terpakai.

Notis Privasi ini akan memberi maklumat mengenai bagaimana Ferring boleh mengumpul, memegang dan memproses data peribadi anda, dan akan menerangkan cara di mana kami akan memastikan data peribadi anda dilindungi selaras dengan peraturan yang terpakai.

Notis Privasi ini terpakai hanya untuk laman web ini, oleh itu jika anda mengunjungi laman web lain yang berkaitan dengan atau yang dicadangkan oleh Ferring, sila rujuk notis privasi di laman web yang berkenaan.

  • Bagaimana Ferring boleh mengumpul data peribadi anda
  • Bagaimana Ferring boleh menggunakan data peribadi anda
  • Kuki
  • Penyimpanan data peribadi
  • Hak anda
  • Bagaimana Ferring boleh berkongsi atau memindah data peribadi anda
  • Pautan ke laman web lain
  • Maklumat keselamatan
  • Kanak-kanak
  • Pengubahsuaian
  • Bagaimana untuk menghubungi kami

Bagaimana Ferring boleh mengumpul data peribadi anda

Data peribadi bermaksud semua maklumat yang berkaitan dengan seseorang individu yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti, termasuk nama, alamat surat menyurat, nombor telefon, alamat e-mel atau apa-apa maklumat lain yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda secara peribadi. Jika anda belum menjadi seorang subjek data Ferring, anda mungkin berpeluang untuk memberi data peribadi secara sukarela ketika mengunjungi laman web ini, dan oleh itu menjadi seorang subjek data. Ferring hanya akan mengumpul data peribadi daripada anda semasa anda mengunjungi laman web ini jika dan apabila anda memberikannya secara sukarela.

Bagaimana Ferring boleh menggunakan data peribadi anda

Ferring hanya akan memproses data peribadi anda di mana terdapatnya asas undang-undang untuk berbuat demikian, dan di mana terdapatnya keperluan untuk menjalankan tujuan data peribadi itu dikumpul. Asas undang-undang untuk memproses data peribadi anda akan bergantung pada tujuan data peribadi itu dikumpul, seperti yang diterangkan di bawah:

  • Data peribadi boleh diproses jika diperlukan untuk kepentingan sah kami dalam mencapai atau memenuhi tujuan berikut:
    • untuk membalas anda mengenai pertanyaan dalam kategori berikut: media; perkongsian; perkembangan hubungan perniagaan; dan apa-apa pertanyaan umum yang lain;
    • untuk memproses dan membalas kepada pertanyaan mengenai privasi data dan hak privasi anda;
    • untuk memproses dan mengakses kes yang dilaporkan untuk salah laku dan/atau pelanggaran Falsafah Ferring yang berpotensi;
    • untuk memproses permohonan bagi kekosongan jawatan dan/atau menerima permohonan kerja yang tidak diminta;
    • untuk memproses dan membalas kepada sesuatu permintaan kerjasama; atau
    • apa-apa tujuan perniagaan lain yang sah contohnya analisis data, audit, menambah baik perkhidmatan dan memperluas aktiviti perniagaan kami.
  • Data peribadi boleh diproses apabila diperlukan untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang terpakai contohnya:
    • untuk mematuhi undang-undang di dalam atau di luar negara kediaman anda,
    • untuk mematuhi proses undang-undang atau sebagai maklum balas kepada perintah mahkamah untuk menghasilkan data peribadi tertentu.
  • Data peribadi boleh dikumpul dan diproses jika diperlukan untuk kepentingan vital dan untuk mematuhi kewajipan keselamatan yang terpakai dalam sektor farmaseutikal contohnya:
    • untuk memproses laporan mengenai kesan sampingan, kesan advers ubat, peristiwa advers atau maklumat keselamatan lain berhubung dengan ubat/produk Ferring. Untuk maklumat mengenai pemprosesan data kategori spesifik untuk tujuan ini sila lihat Notis Notis Privasi Farmakovigilans.

Data peribadi anda hanya akan digunakan untuk tujuan spesifik data itu dikumpul, dan tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan lain tanpa memberitahu anda terlebih dahulu dan/atau mendapatkan keizinan yang wajar.

Kuki

Apabila anda mengunjungi laman web ini, data mengenai penggunaan anda di laman web ini boleh dikumpul denggan menggunakan Google Analytics. Teknologi penjejakan ini menggunakan kuki untuk mengumpul data agregat mengenai penggunaan dan aktiviti laman web, contohnya berapa banyak pengguna mengunjungi laman web ini dan berapa kerap. Data ini boleh dikongsi dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga demi menambah baik perkhidmatan web kami. Tiada data peribadi boleh diakses atau dikumpul melalui kuki ini. Penggunaan jenis teknologi ini hendaklah mematuhi peraturan perlindungan data yang terpakai dan Peraturan E-Privacy semasa.

Penyimpanan data peribadi

Ferring akan mengikut tindakan yang wajar untuk memastikan data peribadi anda disimpan hanya untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini. Ferring hanya akan menyimpan data peribadi untuk tempoh yang lebih panjang jika diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang atau oleh peraturan yang terpakai dalam industri farmaseutikal.

Hak anda

Jika dan apabila kami mengumpul, memegang dan memproses data peribadi anda, anda akan diberikan hak spesifik sebagai seorang subjek data. Ferring akan memberi kesan kepada hak ini selaras dengan undang-undang perlindungan data Eropah dan negara tempatan yang terpakai.

  • Hak untuk mengakses dan pembetulan: Anda mempunyai hak untuk meminta satu salinan maklumat yang kami pegang mengenai anda, serta hak untuk meminta pembetulan data peribadi yang kami pegang jika data itu tidak tepat.
  • Hak untuk pemadaman dan sekatan pemprosesan: Anda mempunyai hak untuk meminta pemadaman data peribadi anda atau untuk sekatan pemprosesan data peribadi anda. Hak ini adalah terhad dan akan terpakai hanya dalam keadaan tertentu dan di mana tiada pengecualian terpakai.
  • Hak untuk kemudahalihan data: Anda mempunyai hak untuk meminta satu salinan data peribadi yang kami pegang, serta hak untuk meminta data ini dipindah kepada pengawal lain. Hak ini tertakluk kepada syarat tertentu dan mungkin tidak terpakai, sebagai contoh, jika tidak dibenarkan untuk sebab kepentingan awam, atau tidak boleh dilaksanakan dari segi teknikal.
  • Hak untuk membantah: Anda mempunyai hak untuk membantah pemprosesan data peribadi anda. Jika data itu diproses untuk sebab kepentingan awam, tujuan saintifik atau statistik, anda masih boleh membantah dan kami akan bertanggungjawab untuk menunjukkan legitimasi pemprosesan data itu.
  • Anda mempunyai hak untuk menghubungi atau membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan perlindungan data tempatan anda.
  • Jika anda ingin menghantar permintaan berhubung dengan hak subjek data, sila menghubungi kami dengan menggunakan maklumat di bawah “Maklumat Perhubungan” di bawah .

Bagaimana Ferring boleh memindah atau berkongsi data peribadi anda

Data peribadi anda mungkin dipindah ke lokasi lain di mana Ferring mengekalkan kemudahan (termasuk sekutu, kontraktor, rakan kongsi atau egen Ferring), di mana terdapatnya sebab yang sah untuk pemindahan sedemikian, contohnya sebab perniagaan yang sah. Lokasi tersebut mungkin termasuk negara di luar Kawasan Ekonomi Eropah (EEA). Sebarang pemindahan sedemikian akan dilindungi oleh perjanjian pemindahan data antarabangsa dalaman, untuk memastikan data peribadi anda dilindungi selaras dengan undang-undang perlindungan data Eropah dan negara yang terpakai.

Ferring mungkin, dalam keadaan tertentu, berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga yang berlokasi di dalam atau di luar negara kediaman anda jika diperlukan untuk mencapai tujuan yang telah diberitahu, atau jika pihak ketiga tersebut membantu Ferring dalam pemprosesan data. Ferring hanya akan mendedahkan data peribadi mengenai anda kepada pihak ketiga dalam keadaan berikut:

  • Keizinan yang berkenaan telah diberikan oleh anda;
  • jika terpakai, akibat perminataan anda sebagai seorang subjek data
  • di mana terdapatnya asas undang-undang untuk pendedahan data dan anda telah diberikan notis yang sesuai mengenainya
  • di mana kami diperlukan untuk berbuat demikian di bawah undang-undang yang terpakai atau akibat perintah mahkamah; atau
  • di mana Ferring memutuskan untuk menjual, membeli, menggabungkan atau sebaliknya mengorganisasikan struktur perniagaannya semula.
  • Ferring tidak akan menjual maklumat anda kepada pihak ketiga.

Pautan ke laman web lain

Laman web ini mungkin memberi pautan ke laman web yang berkaitan atau luaran. Ferring tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, kualiti, aktiviti pemprosesan data atau amalan perlindungan data apa-apa laman web lain. Jika anda mengunjungi laman web lain sila rujuk notis privasi dan tetapan privasi laman web yang berkenaan.

Maklumat keselamatan

Ferring mengekalkan beberapa langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang sesuai untuk melindungi data peribadi anda daripada akses, penggunaan, pendedahan, pemadaman atau kehilangan secara tidak sengaja yang tidak dibenarkan. Sebagai contoh, jika sesuai, Ferring adalah komited terhadap penyulitan, penanpanamaan atau pemseudoniman data peribadi, dan data peribadi akan disimpan dengan selamat dalam sistem yang ditetapkan. Polisi dan prosedur dalaman kami adalah direka untuk mengutamakan dan menggalakkan perlindungan data peribadi.

Walaupun langkah keselamatan data kami dinilai dan dikemas kini secara berterusan, keselamatan data yang dipindahkan melalui internet daripada komputer atau peranti lain tidak dapat dijamin dan anda digalakkan untuk mengambil langkah demi melindungi diri sendiri atas talian dan terhadap penggunaan tanpa kebenaran kata laluan anda, dan peranti mudah alih, serta memasang firewall, perlindungan anti-virus dan anti-spyware yang sesuai untuk komputer anda. Jika anda mengesyaki sebarang kompromi keselamatan sila memberitahu kami dengan serta merta melalui e-mel di privacy@ferring.com.

Kanak-kanak

Ferring adalah komited untuk melindungai privasi kanak-kanak. Untuk data peribadi berhubung dengan seorang subjek data di bawah 18 tahun (atau kurang jika diperuntukkan oleh undang-undang negara yang berkenaan), keizinan diperlukan daripada wakil undang-undang mereka. Ferring hendaklah membuat segala usaha yang ada dan munasabah untuk mengesahkan bahawa keizinan yang diperlukan telah diperolehi dalam kes tersebut.

Pengubahsuaian

Sebarang perubahan kepada Notis Privasi ini akan dikomunikasikan di lokasi ini. Kami mencadangkan anda merujuk Notis Privasi kami secara berkala untuk menyemak sebarang perubahan dan memahami komitmen berterusan kami dalam menghormati hak kepada privasi dan menyediakan perlindungan data pada tahap tertinggi.

Maklumat perhubungan

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau komen mengenai Notis Privasi ini, atau ingin memahami hak anda sebagai seorang subjek data, sila hubungi kami:

  • Melalui e-mel kepada Pejabat Privasi Global di privacy@ferring.com, atau
  • Melalui telefon kepada Pengawai Pematuhan di 03-7960 3032
  • Melalui surat ke alamat berikut:

Ferring Sdn. Bhd. (977595-w)
21-6, Block B, Jaya One,
No. 72-A, Jalan Universiti,
46000 Petaling Jaya, Selangor,
Malaysia

Privasi Notis ini dikemaskini terakhir pada 20/03/2019

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 0.00 (0 votes)
Loading...

Borang maklum balas