This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

Apakah yang menyebabkan IBD?

Punca penyakit radang usus (IBD) tidak jelas. Bagaimanapun, kebanyakan pakar fikir terdapat satu penjelasan berbilang faktor (maksudnya beberapa faktor berlainan memainkan peranan) yang mungkin termasuk:

  • Gen:
    • Para saintis telahpun mengenal pasti satu gen, dipanggil NOD2/CARD 15, yang terlibat dalam sekurang-kurangnya 20% daripada kes-kes Crohn. Antara 15% hingga 20% individu yang terjejas mungkin mempunyai saudara rapat yang menghidap satu daripada penyakit-penyakit ini tetapi pada masa ini belum ada corak yang jelas tentang keturunan.
    • Para penyelidik mendapati bahawa kolitis berulser boleh merebak dalam keluarga. Hakikatnya, sehingga 20% daripada penghidap Kolitis Berulser mempunyai saudara tahap pertama (sepupu atau lebih rapat) dengan sama ada kolitis berulser atau penyakit Crohn. Maka genetik jelas memainkan peranan walaupun didapati tiada corak khusus.
  • Tindak balas tidak sesuai oleh sistem imun tubuh
  • Sesuatu dalam alam sekitar

Ini bermakna tidak ada cara untuk menjangka, jika ada, ahli keluarga yang mana satu yang akan mendapat Kolitis Berulser atau penyakit Crohn.

Walau apapun penyebabnya, sesuatu mungkin telah membuat sistem imun untuk “terpasang”, menyebabkan keradangan dalam usus. Apabila radang ini tidak “padam” seperti sepatutnya, ia menyebabkan kerosakan kepada saluran gastrousus dan menghasilkan simptom-simptom kolitis berulser atau penyakit Crohn.

Satu perkara penting ialah kolitis berulser atau penyakit Crohn tidak berjangkit. Ini bermakna anda tidak boleh mendapat keadaan ini daripada orang yang menghidapinya dan anda juga tidak boleh menjangkiti orang lain jika anda menghidapinya.

Pencetus-pencetus yang mungkin boleh memburukkan simptom-simptom IBD

Walaupun punca sebenar IBD tidak jelas, terdapat pencetus-pencetus tertentu yang boleh menyebabkan simptom bertambah teruk.

Ini termasuk:

Ketahui lebih lanjut tentang Menjalani kehidupan dengan IBD.

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 2.83 (6 votes)
Loading...

Borang maklum balas