This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

Mengambil ubat-ubatan anda

Ingat: Ubat anda hanya akan berfungsi jika anda mengambilnya!

Rawatan untuk kolitis berulser dan penyakit Crohn harus diambil secara tetap untuk mencegah kemarakan dan mengekalkan remisi penyakit tersebut. Walaupun mengambil ubat setiap hari mungkin sukar dan kadang-kadang anda teringin untuk berhenti mengambilnya – ingatlah yang risiko untuk penyakit berlaku semula boleh meningkat hingga lima kali jika anda sering berhenti mengambil ubat.1

Masalah mengambil ubat-ubatan anda secara tetap?

Isu-isu biasa apabila mengambil ubat secara berkala termasuk:

“Ubat-ubat saya tidak berfungsi”
“Saya tidak suka pada kesan-kesan sampingan”
“Saya tidak boleh ingat untuk mengambil ubat”
“Saya mempunyai terlalu banyak tablet untuk diambil”
“Saya tidak suka mengambil tablet”

Jika anda mempunyai mana-mana masalah ini, beritahu doktor anda. Beliau akan dapat membantu menyesuaikan rawatan untuk anda bagi memudahkan hidup anda. Pastikan anda menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dan maklumat tentang rawatan anda sentiasa dikemaskini. Ini akan memastikan anda mendapat rawatan yang terbaik apabila terdapat pilihan yang baharu dan lebih baik.

Tip-tip untuk mengambil ubat secara berkala

  1. Ingatlah bahawa mengambil ubat secara berkala boleh mengurangkan peluang berlaku relaps atau kemarakan
  2. Rawatan mungkin mengambil masa untuk berfungsi. Oleh itu, jangan berputus asa terlalu cepat.
  3. Jangan hentikan rawatan sebaik sahaja simptom hilang. Anda perlu terus mengambil ubat untuk mencegah simptom daripada muncul semula.
  4. Baca risalah maklumat untuk memahami bagaimana rawatan anda berfungsi dan kesan-kesan sampingan yang perlu diawasi
  5. Jangan:
  • Tertinggal dos – walaupun anda rasa ‘sihat’
  • Menggandakan dos jika anda tertinggal satu dos
  • Berhenti mengambil ubat tanpa kebenaran doktor anda

Jika anda percaya yang regimen pengubatan anda perlu ditukar, beritahu doktor anda atau penyedia penjagaan kesihatan lain secepat mungkin.

Bagaimana untuk ingat mengambil ubat secara tetap

Kadang-kadang, walaupun anda berusaha sebaik mungkin, anda tetap boleh terlupa mengambil ubat anda. Di sini ada beberapa tip untuk membantu anda:

  • Pasang loceng amaran pada telefon mudah alih atau jam tangan
  • Tetapkan masa mengambil ubat sekitar aktiviti harian biasa anda seperti waktu makan atau tidur
  • Jika berlaku perubahan dalam hidup anda seperti kerja, sukan, bila anda makan dsb., yang menjejaskan keupayaan anda untuk mengambil ubat, bincangkan hal ini dengan doktor supaya pelarasan yang perlu boleh dibuat
  • Semak formula ubat – Sesetengah ubat tersedia dalam formula yang berbeza untuk memudahkan anda mengambilnya. Sebagai contoh, jika anda sukar menelan tablet, sesetengah ubat tersedia dalam bentuk butir kecil atau supositori

Beritahu doktor anda jika anda berasa sukar untuk mengambil ubat seperti yang dipreskripsikan.

Rujukan:
1: Kane, S., Huo, D., Aikens, J., and Hanauer, S. (2003). Medication nonadherence and the outcomes of patients with quiescent ulcerative colitis. Am. J. Med. 114, 39–43.

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 0.00 (0 votes)
Loading...

Borang maklum balas