This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

Apa itu IBD?

Penyakit radang usus (Inflammatory Bowel Disease) meliputi beberapa keadaan yang melibatkan keradangan sistem penghadaman, terutamanya usus. Ini ialah bahagian tubuh yang terlibat dalam menghadam makanan, menyerap nutrien dan air dan akhirnya membuang hasil kumuhan (najis). Ketahui lebih lanjut tentang sistem penghadaman.

Kadang-kadang orang akan keliru antara sindrom kerengsaan usus (IBS) dan IBD. Walaupun simptom-simptom cirit-birit dan sembelit adalah sama, punca IBD dan IBS adalah berbeza. IBS ialah satu gangguan fungsi, iaitu sistem penghadaman kelihatan normal tetapi tidak sentiasa berfungsi dengan betul. IBD ialah keadaan kronik (berterusan) yang mengakibatkan keradangan dan kadang-kadang merosakkan struktur usus.

Terdapat dua jenis IBD yang utama: kolitis berulser dan penyakit Crohn.  Ia menjejaskan bahagian sistem penghadaman yang berlainan dan menghasilkan simptom-simptom yang sedikit berbeza.

Di bawah ialah pandangan keseluruhan kolitis berulser dan penyakit Crohn:

Jadual 1: Perbezaan antara kolitis berulser dan penyakit Crohn.
Ulcerative colitis (UC) Crohn`s disease (CD)
Bahagian usus yang terjejas Ia sentiasa menjejaskan rektum dan kolon (usus besar). Ia boleh menjejaskan keseluruhan sistem penghadaman dari mulut ke rektum.
Ciri-ciri Bahagian usus yang terjejas membentuk sekatan yang berterusan dengan tiada bahagian yang sihat di antaranya. Bahagian usus yang terjejas bergilir dengan bahagian yang sihat (‘melangkau’)
Radang tersebut menjejaskan hanya lapisan usus (mukosa).  Radang tersebut menjejaskan keseluruhan dinding usus.
Fistula jarang terbentuk. Biasanya melibatkan pembentukan fistula.

Biasanya bermula sebelum umur 30 tetapi ia boleh berlaku pada sebarang usia dan sebahagian orang mungkin tidak mendapat penyakit ini sehingga berusia 50an atau 60an.

 

Boleh berlaku pada sebarang usia tetapi biasanya bermula ketika muda. Kebanyakan orang yang mendapat penyakit Crohn didiagnosis sebelum mereka berumur 30 tahun.
Simptom-simptom Cirit-birit yang berulang berlaku sangat kerap. Najis mungkin mengandungi lendir atau darah. Cirit-birit yang berulang tidak berlaku sekerap seperti dalam KB.
Najis sentiasa mengandungi darah. Kadang-kadang ini mungkin kelihatan pada mata kasar. Pendarahan tidak sekerap seperti dalam KB tetapi boleh berlaku.
Sembelit mungkin berlaku dalam KB tetapi tidak sekerap seperti dalam PC. Sembelit boleh berlaku pada masa apabila simptom-simptom lain penyakit ini adalah terkawal.
Pelbagai kesakitan abdomen (perut); intensiti dan lokasi (tempat di mana ia dirasai) boleh berubah. Ia mungkin menyebabkan rasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen, di atas tepi sebelas atas tulang pinggul atau mengakibatkan kekejangan atau sakit seperti kejang di bahagian tengah abdomen.  Kesakitan boleh menjadi lebih parah semasa simptom memarak. Lain-lain simptom termasuk loya dan muntah. Episod kesakitan yang menyeksakan ini berulang terutamanya di bahagian bawah sebelah kanan abdomen. Ini biasanya berlaku sebelum anda pergi ke tandas. Rasa loya dan mutah boleh berlaku terutamanya jika terdapat bisul atau penebukan dinding usus.
Demam biasanya berlaku bila penyakit memarak dengan intensif. Biasanya demam sedikit; suhu tinggi dan demam sejuk menunjukkan kemungkinan berlaku komplikasi.
Hilang selera makan, hilang berat badan dan pertumbuhan kanak-kanak yang terencat tidak selalu berlaku kepada pesakit sederhana atau serius sederhana dengan KB. Bagaimanapun, pertumbuhan sesetengah kanak-kanak dan remaja mungkin terhad disebabkan penyakit tersebut. Hilang selera makan, hilang berat badan sebanyak 10-20%.  Pertumbuhan yang terganggu bagi kanak-kanak dan remaja adalah biasa.
Kesukaran membuang air besar – rasa perlu ke tandas lebih kerap. Atau tenesmus (rasa ingin ke tandas walaupun rektum kosong) serta najis tertahan. Sukar membuang air besar terutama semasa penyakit memarak.
Pengulseran dubur berlaku dan fistula jarang-jarang berlaku. Pengulseran dubur dan fistula mungkin satu daripada simptom-simptom awal yang membawa kepada keadaan disyaki PC.
Tiada simptom neurologi atau psikiatri yang berlaku. Simptom neurologi atau psikiatri mungkin satu daripada tanda-tanda awal PC.

 

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 3.00 (1 votes)
Loading...

Borang maklum balas