This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

Tentang sistem penghadaman

Biasanya, makanan yang kita makan bergerak dari mulut, turun melalui kerongkong dan masuk ke dalam perut di mana ia di cerna dan dihadamkan oleh asid perut dan enzim.

Gambarajah 1: Sistem penghadaman

Makanan yang dihadam kemudiannya dikeluarkan daripada perut ke dalam usus kecil di mana satu kumpulan enzim yang lain akan menghadamkannya lagi. Makanan akan digaul oleh tindakan pencernaan dinding otot usus. Tindakan ini menguraikan makanan supaya nutrien boleh diserap melalui permukaan usus kecil dan disebarkan ke lain-lain bahagian tubuh melalui aliran darah. Kebanyakan penyerapan vitamin dan mineral berlaku dalam bahagian usus kecil yang dikenali sebagai jejenum dan ileum.

Selepas itu, makanan akan bergerak ke usus besar (kolon) di mana kebanyakan air daripada makanan diserap semula ke dalam tubuh. Ini akan membentuk najis yang disimpan sehingga ia sedia untuk dikeluarkan. Najis keluar daripada tubuh melalui dubur.

Jika usus kecil mengalami keradangan – seperti yang biasa berlaku kepada penghidap penyakit Crohn – usus menjadi kurang berupaya untuk menghadam dan menyerap nutrien sepenuhnya. Ini ialah salah satu sebab kenapa penghidap penyakit Crohn boleh mengalami kekurangan zat makanan.

Makanan yang tidak dihadam dengan betul juga boleh mengganggu penyerapan air dalam kolon, membawa kepada cirit-birit. Dalam kes Kolitis Berulser, kolon yang keradangan tidak menyerap air dengan betul dan membawa kepada cirit-birit yang serius. Hanya kes-kes Kolitis Berulser yang sangat serius menjejaskan penyerapan makanan.

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 5.00 (1 votes)
Loading...

Borang maklum balas