This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

Adakah IBD boleh diubati?

IBD tidak ‘boleh diubati’ tetapi ia boleh ditangani dengan perubahan gaya hidup dan rawatan perubatan. Sesetengah orang mempunyai tempoh remisi yang panjang (iaitu kurang simptom), sementara yang lain mungkin mendapat serangan lebih kerap. Bagaimanapun, dengan pengurusan yang baik, anda masih boleh menjalani kehidupan sepenuhnya dan ‘normal’ dengan sedikit atau tiada kesan ke atas jangka hayat.

Perkembangan anda dalam setahun selepas didiagnosis adalah indikasi yang baik tentang bagaimana IBD akan berlaku. Remisi untuk setahun atau lebih selepas diagnosis ialah petanda baik sementara lebih daripada dua serangan boleh menjangkakan penyakit yang lebih buruk.

Sukar untuk menjangka kesan-kesan jangka panjang IBD. Untuk doktor anda memantau IBD anda, anda perlu membuat lawatan berkala. Selain itu, anda juga perlu menjalani pemeriksaan berulang untuk menilai semula penyakit, terutamanya jika penjagaan rawatan anda gagal atas sesuatu sebab.

Walau bagaimanapun, dalam banyak kes, apabila pelan pengurusan yang efektif dimulakan, kekerapan lawatan berkala anda akan dikurangkan dan anda akan bebas untuk menjalani kehidupan yang aktif.

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 2.00 (4 votes)
Loading...

Borang maklum balas