This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

Apa itu keradangan?

Keradangan ialah istilah perubatan bagi respons tubuh terhadap kerengsaan, kecederaan atau jangkitan. Ia ialah reaksi perlindungan tubuh yang normal terhadap organisme jangkitan (seperti bakteria atau virus), antigen (ejen asing dalam tubuh) atau kecederaan tisu. Biasanya, keradangan ialah satu proses yang membantu mencetus kesembuhan tetapi jika ia tidak berhenti pada masa yang tepat atau tidak terkawal, ia boleh menyebabkan kerosakan.

Ciri-ciri keradangan ialah:

  • Pembengkakan
  • Kemerahan
  • Rasa panas dalam tisu-tisu yang terjejas

Keradangan usus boleh mengakibatkan pembentukan nanah dan lendir serta pendarahan, ulser dan kesakitan.

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 0.00 (0 votes)
Loading...

Borang maklum balas