This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

Faktor-Faktor Risiko

Penghidap IBD lebih berisiko mendapat kanser kolorektum (CRC) dan risiko akan lebih tinggi jika lagi banyak kolon yang terlibat. Kajian-kajian terbaharu menganggarkan, walaupun  kanser kolon di kalangan penghidap kolitis berulser telah berkurangan dalam tempoh 60 tahun kepada 1.2 dalam setiap 1000 pesakit dalam mana-mana tahun, risiko akan meningkat apabila lagi lama seseorang itu menghidap IBD.1,4

Selepas seseorang itu mendapat penyakit Crohn’s atau kolitis berulser selama 8-10 tahun, barulah risiko mendapat CRC akan mula dapat dilihat.1,2,5

Faktor-faktor risiko bagi kanser kolorektum termasuk: radang usus besar yang telah merebak, didiagnosis semasa muda, sejarah CRC dalam keluarga dan radang kolon yang berterusan.6

Dalam keadaan keradangan yang berterusan, lapisan kolon yang mengalami keradangan kronik dan berulser akan sentiasa tumbuh semula dan sembuh semula dan oleh itu lebih terdedah kepada mutasi penyebab kanser, menyebabkan keseluruhan lapisan kolon berisiko menghasilkan sel-sel pra-kanser.7,8

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 0.00 (0 votes)
Loading...

Borang maklum balas