This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

Menggaji penghidap IBD

Jika anda mempunyai pekerja yang telah memberitahu anda bahawa beliau menghidap sama ada kolitis berulser atau penyakit Crohn (mereka juga mungkin menggunakan istilah penyakit radang usus (IBD)), anda mungkin tertanya-tanya apakah keadaan tersebut dan kesannya ke atas pekerjaan dan pekerja anda.

Memahami keadaan tersebut ialah langkah pertama untuk memastikan anda boleh menyokong dan mendapat yang terbaik daripada hubungan pekerjaan dengan pekerja anda.

Bahagian ini akan membantu anda untuk:

  • Memahami apa yang dikatakan penyakit radang usus
  • Memahami bagaimana keadaan tersebut boleh menjejaskan pekerja anda
  • Memahami bagaimana, kadang-kadang dengan sedikit perubahan, penghidap Kolitis Berulser atau penyakit Crohn boleh bekerja dengan baik dan menggunakan potensi mereka sepenuhnya.
  • Memahami apa yang boleh anda buat untuk menolong dan bagaimana anda boleh bekerja bersama-sama

Kebanyakan penghidap penyakit radang usus (IBD) mempunyai hidup yang produktif dan ramai yang bekerja sepenuh masa. Namun, seperti lain-lain penyakit kronik, memahami dan membuat pelarasan dengan mengambil kira keperluan kesihatan mereka boleh membantu.

Apa itu IBD?

Penyakit radang usus (IBD) ialah istilah untuk menggambarkan keadaan kronik (berterusan) keradangan pada sistem penghadaman.

Keadaan ini adalah sepanjang hayat dan boleh memarak atau bertambah baik tanpa dijangka. Ramai penghidap IBD akan mengalami tempoh yang lama dengan sedikit atau tiada simptom langsung.

Apakah simptom-simptom IBD?

Penghidap IBD bukanlah tidak sihat sepanjang masa. Kebanyakan mereka mengalami tempoh remisi yang mana mereka berasa sihat diselangi dengan tempoh memarak apabila keadaan menjadi teruk. Kemarakan simptom termasuk:

  • Sakit perut
  • Rasa terdesak dan/atau kerap perlu ke tandas
  • Cirit-birit (kadang-kadang berdarah)
  • Terlalu penat
  • Loya dan muntah-muntah
  • Hilang selera makan
  • Hilang berat badan

Apa yang tidak…

  • IBD tidak sama dengan Sindrom Kerengsaan Usus (IBS) yang lebih biasa berlaku
  • Ia tidak berjangkit

Apakah rawatan yang ada?

IBD ialah satu keadaan kronik (berterusan) yang bermakna ia memerlukan rawatan berterusan. Jika diambil seperti yang dipreskripsikan, kebanyakan ubat akan membantu mengawal kemarakan simptom supaya pesakit dapat meneruskan hidup normal.

Semua ubat mempunyai risiko kesan sampingan dan penghidap IBD mungkin akan mengalami:

  • Pertambahan berat badan yang ketara
  • Muka menjadi bulat
  • Akne
  • Mood berubah-ubah
  • Gembira kepada kemurungan
  • Sakit kepala
  • Loya
  • Simptom-simptom seperti flu
  • Pertambahan risiko mendapat jangkitan (selesema dan flu)

Adakah IBD akan menjejaskan keupayaan pekerja saya untuk bekerja?

Majoriti penghidap IBD mampu bekerja sepenuh masa. Kajian menunjukkan yang penghidap IBD memberi keutamaan untuk mengekalkan kehadiran dan prestasi mereka di tempat kerja. Lebih daripada separuh pesakit yang dikaji, dilaporkan telah memberi lebih usaha di tempat kerja untuk menggantikan kekurangan mereka akibat IBD. Mereka yang berasa sihat mempunyai jumlah markah produktiviti kerja yang lebih baik daripada masyarakat umum yang sihat.

Bagaimana saya boleh membantu untuk menyokong pekerja saya?

Memahami IBD dan kesan yang mungkin ada kepada pekerja anda dan membincangkan situasi dengan pekerja anda akan membantu anda berdua mencari cara terbaik untuk bergerak ke hadapan.

Jika pekerja anda rasa disokong dan difahami, mereka akan rasa positif untuk datang bekerja dan rasa bertanggungjawab ke atas pekerjaan mereka dan rakan-rakan sekerja.

Beberapa perkara yang mungkin boleh membantu:

  • Tandas yang mudah diakses: penghidap IBD mungkin akan terdesak untuk ke tandas tanpa sebarang amaran. Memberikan mereka tempat kerja berdekatan tandas sangat membantu. Namun, mereka juga pastinya akan risau tentang bau dan bunyi dan ini memalukan mereka. Kerisauan seperti ini sering menjadi penyebab stres kepada mereka.
  • Kemudahan tandas yang mencukupi: Tandas di tempat kerja biasanya kurang privasi dan pengudaraan yang mencukupi. Dalam hal ini, akses kepada fasiliti yang berasingan seperti tandas untuk OKU dapat mengelakkan anda dari rasa malu
  • Kefleksibelan dalam jadual kerja: Jika boleh, mempunyai waktu kerja fleksibel bermakna pekerja anda boleh kurang bekerja apabila mereka berasa tidak sihat dan menggantikan masa tersebut semasa sihat. Kadang-kadang bermula lewat boleh membantu dengan peluang untuk menggantikan masa tersebut. Setengah majikan membenarkan kakitangan mereka bekerja lebih masa supaya mereka boleh memotong masa lebih tersebut apabila perlu.
  • Persekitaran sosial yang menyokong di tempat kerja: Rakan sepasukan yang saling menyokong boleh membantu menambah baik produktiviti dan semangat berpasukan. Faktor-faktor ini tentu sekali tidak spesifik kepada IBD tetapi juga dianggap amalan pengurusan yang terbaik dan bagus untuk menarik dan mengekalkan pekerja yang komited.
  • Ambil cuti untuk berjumpa doktor atau janji temu hospital: Memberi cuti (yang bukan daripada cuti yang diperuntukkan) adalah penting
  • Melaraskan sasaran prestasi untuk mengambil kira kesan cuti sakit atau kepenatan
  • Keupayaan untuk bekerja dari jauh: Mencari jalan untuk kakitangan bekerja dari rumah boleh membantu mengurangkan rasa penat dan membuat mereka rasa diambil berat, terutama semasa mereka tidak sihat

Bagaimana untuk saya melakukannya?

Mencari cara terbaik untuk membantu pekerja anda hendaklah menjadi proses dua hala. Peruntukkan masa untuk duduk berbincang tentang cara yang terbaik. Tanya pekerja anda jika mereka ingin ditemani seseorang daripada jabatan kesihatan pekerjaan atau sumber manusia.

Ingat, menyembunyikan simptom IBD boleh memberi tekanan kepada pekerja. Mereka rasa lega jika dapat bercakap secara terbuka tentang keadaan mereka. Menunjukkan rasa hormat dan simpati mungkin akan menghasilkan keputusan terbaik untuk semua orang.

Anda boleh mulakan dengan:

  • Jelaskan yang anda perlu merancang lebih awal supaya boleh fikirkan strategi sebelum keperluan itu timbul bagi membantu kakitangan anda. Yakinkan pekerja anda tentang kerahsiaan dan hormat
  • Tanya pekerja anda apa yang menyukarkan mereka akibat daripada keadaan IBD mereka
  • Bincangkan apa yang boleh membantu (termasuk waktu kerja fleksibel, akses ke tandas)
  • Bincangkan prosedur untuk cuti sakit (bagaimana mereka ingin dihubungi, nota doktor diperlukan, dsb)
  • Bincangkan prosedur untuk kembali bekerja jika cuti sakit terpaksa dipanjangkan
  • Ganti: Jika pekerja anda perlu kerap ke tandas, bincangkan bagaimana untuk mengatur tugas ganti oleh kakitangan lain, jika ini ialah satu isu
  • Tanya pekerja anda sama ada mereka ingin keadaan mereka kekal rahsia atau apa/bagaimana untuk memberitahu ahli pasukan yang lain

Dengan menawarkan sokongan berterusan dan semakan berkala, anda dan pekerja anda boleh mencari cara untuk menyesuaikan amalan bekerja bagi memudahkan mereka untuk terus bekerja.

Akan ada masanya penghidap IBD terpaksa bercuti lebih lama daripada biasa. Ini mungkin disebabkan kemarakan yang serius atau pembedahan untuk IBD mereka. Adalah biasa bagi mereka untuk hilang keyakinan untuk kembali bekerja, walaupun setelah bercuti pendek. Sentiasa berhubung dengan pekerja boleh membantu mereka dalam hal ini.

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 2.67 (3 votes)
Loading...

Borang maklum balas