This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

Gaya Hidup Itu Penting

Mengambil ubat hanyalah sebahagian daripada cara menguruskan penyakit radang usus (IBD). Kolitis Berulser dan penyakit Crohn akan bertindak balas dengan baik kepada perubahan positif dalam gaya hidup; membuatkan simptom lebih terkawal dan kurang komplikasi.

Ini termasuklah:

Kesejahteraan Emosi

Walaupun gangguan emosi tidak menyebabkan IBD, bagi sesetengah orang, situasi yang menekan atau penuh emosi boleh menyebabkan kemarakan simptom. Ini bukan bermakna semua orang yang tertekan akan mengalami kemarakan tetapi jika anda seorang penghidap IBD yang tahu bahawa tekanan boleh memberi masalah, ada baiknya jika anda mempersiapkan diri dan belajar beberapa teknik menguruskan tekanan.

Tekanan boleh sentiasa hadir dalam hidup: bertukar kerja, berkahwin, berpindah, kematian dalam keluarga, membesarkan anak atau menjaga ibu bapa yang sudah tua, semuanya boleh memberi tekanan. Hanya dengan menghidapi penyakit kronik juga boleh menyebabkan stres. Malah sedikit rasa sakit hati juga boleh memberi tekanan. Anda tidak boleh menghapuskan keadaan yang memberi tekanan tetapi anda boleh mengubah reaksi anda terhadap perkara-perkara tersebut.

  • Contoh pengurusan tekanan termasuk:
  • Mendengar muzik yang menenangkan
  • Berjalan-jalan ke tempat yang mendamaikan perasaan
  • Lakukan meditasi atau berbaring di dalam bilik yang gelap untuk beberapa minit
  • Bercakap dengan seorang kawan atau pakar terapi
  • Berendam dalam tab mandi untuk tempoh yang lama
  • Membaca
  • Maklum balas bio
  • Senaman menenangkan diri dan senaman bernafas
  • Mengamalkan yoga atau tai chi
  • Hipnoterapi

Jika anda berasa amat sukar untuk menangani tekanan dan mendapati diri anda sentiasa dalam kebimbangan, anda boleh mencuba teknik melegakan stress secara berstruktur seperti terapi tingkah laku kognitif (CBT) atau pemprograman neuro linguistik (NLP).

Merokok

Selain daripada memberi kesan kepada paru-paru dan jantung anda, merokok juga boleh:
Meningkatkan risiko mendapat penyakit Crohn
Mencetuskan kemarakan simptom
Meningkatkan risiko mendapat bisul dan/atau fistula bagi penghidap penyakit Crohn

Orang yang merokok :

  • Mengalami keadaan berulang-kali – ini berlaku kepada antara 50-100% penghidap penyakit Crohn1
  • Lebih memerlukan pembedahan
  • Sangat memerlukan ubat merencat sistem imun

Ingat, lagi banyak anda merokok, lagi tinggi kemungkinan untuk IBD berulang kembali.

Sebaliknya, penghidap penyakit Crohn yang telah berhenti merokok melaporkan:

  • Mengalami 65% kurang kemarakan simptom berbanding perokok
  • Keperluan kepada ubat untuk mengawal penyakit, berkurangan

Kolitis berulser lebih kerap berlaku kepada bukan perokok dan bekas perokok. Namun, bagi penghidap kolitis berulser, berhenti merokok boleh menyebabkan kemarakan penyakit; belum jelas kenapa merokok mempunyai kesan perlindungan tetapi oleh kerana merokok memberi banyak risiko kesihatan termasuk kanser hati dan penyakit jantung, sebarang kesan perlindungan amat kecil berbanding lain-lain risiko kesihatan.

Alkohol

Walaupun anda boleh mengambil alkohol semasa mempunyai IBD, anda perlu berhati-hati. Berbincanglah dengan pasukan kesihatan IBD anda tentang apa yang munasabah dalam situasi anda atau lihat garis panduan kebangsaan anda untuk maklumat lanjut.

Lain-lain pengubatan
Selain daripada mengambil pengubatan penyenggaraan untuk menguruskan IBD anda, penghidap kolitis berulser dan penyakit Crohn juga perlu berhati-hati dengan lain-lain ubat yang dipreskripsikan kepada mereka atau yang dibeli di kaunter untuk memastikan ia tidak menyebabkan kemarakan. Ini termasuk:

  • Ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs) seperti aspirin, naproksen dan ibuprofen boleh mencetuskan kemarakan. Untuk sakit yang ringan atau untuk mengurangkan demam, ambil parasetamol atau berbincang dengan doktor anda
  • Antibiotik boleh menyebabkan ketidakseimbangan kepada bakteria yang hidup dalam usus. Perubahan ini boleh menyebabkan cirit-birit (cirit-birit berkaitan antibiotik) atau boleh membawa kepada pertumbuhan berlebihan bakteria tertentu yang boleh menyebabkan keradangan. Jika anda mengambil antibiotik dan mengalami kemarakan simptom, penting untuk anda memberitahu doktor anda. Anda juga perlu memaklumkan jika anda telah mengambil antibiotik walaupun ia bukan untuk jangkitan gastrousus

Sentiasa maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi anda yang anda menghidap penyakit radang usus (IBD) apabila membeli ubat di kaunter atau mendapatkan preskripsi supaya mereka boleh memeriksa dengan teliti jika ubat-ubatan tersebut boleh diambil oleh anda.

Rujukan:
1: Smoking and Crohns Disease. Boleh didapati di: http://www.crohnsandcolitis.com.au/smoking-and-crohns.php Accessed May 2014
2: Johnson, G.J., Cosnes, J., and Mansfield, J.C. (2005). Review article: smoking cessation as primary therapy to modify the course of Crohn’s disease. Aliment. Pharmacol. Ther. 21, 921–931.

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 1.00 (2 votes)
Loading...

Borang maklum balas