This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

Tentang Ujian Saringan Kanser Kolorektum

Ujian saringan endoskop telah membantu meningkatkan peluang untuk hidup bagi penghidap IBD yang mempunyai CRC.1 ECCO mencadangkan supaya semua penghidap IBD menjalani ujian saringan dengan kolonoskopi untuk memantau CRC. Kolonoskopi yang pertama disyorkan 6-8 tahun selepas simptom IBD mula-mula muncul dan sama ada setiap 1-2 tahun selepas itu bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat CRC atau 3-5 tahun bagi mereka yang berisiko rendah mendapat CRC.1,9

Untuk ujian saringan CRC, kolonoskopi penuh adalah penting di mana doktor akan memeriksa rektum dan keseluruhan kolon melalui satu tiub berlampu yang fleksible dan boleh mengeluarkan sebarang ketumbuhan yang tidak normal. Keseluruhan kolon harus dibersihkan sebelum melakukan kolonoskopi dan untuk ini pesakit biasanya akan diberi sedatif.

Pembersihan kolon melibatkan penggunaan agen pembersih seperti polietilena glikol dengan atau tanpa elektrolit atau natrium pikosulfat dan magnesium oksida, yang menyebabkan kesan laksatif dengan membawa air masuk ke dalam kolon dan merangsang peristalsis untuk membuang isi kandungan kolon.10

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 4.00 (2 votes)
Loading...

Borang maklum balas