Tahap-Tahap Kanser Kolorektum
Tahap-Tahap Kanser Kolorektum11
Orang-orang yang didiagnosis dengan kanser kolon apabila ia didapati setempat di usus (Tahap 1-2), mempunyai lebih peluang untuk hidup lebih lama.12,13
Tahap 0: (karsinoma in situ): semua sel-sel kanser berada dalam lapisan usus sebelah dalam, dan risiko untuk sel-sel ini merebak adalah amat sedikit.
Tahap 1: kanser telah merebak melalui lapisan usus sebelah dalam ke dalam dinding otot usus tetapi tidak merebak lebih jauh dan tidak terdapat dalam nodus limfa.
Tahap 2a: kanser telah merebak ke dalam lapisan sebelah luar dinding usus tetapi tiada sel-sel kanser dalam nodus limfa.
Tahap 2b: kanser telah merebak melalui lapisan sebelah luar dinding usus ke dalam tisu-tisu atau organ-organ di sebelah usus tetapi belum merebak ke nodus limfa.
Tahap 3a: kanser masih dalam lapisan sebelah dalam dinding usus atau telah merebak ke dalam lapisan otot dan 1-3 nodus limfa yang berdekatan mengandungi sel-sel kanser.
Tahap 3b: kanser telah merebak ke dalam lapisan sebelah luar dinding usus atau ke dalam tisu-tisu atau organ-organ di sekelilingnya dan 1-3 nodus limfa yang berdekatan mengandungi sel-sel kanser.
Tahap 3c: kanser tersebut boleh wujud dalam sebarang saiz dan telah merebak ke 4 atau lebih nodus limfa yang berdekatan tetapi tidak ke mana-mana bahagian tubuh yang lain.
Tahap 4: kanser telah merebak ke bahagian tubuh yang lain seperti hati atau paru-paru, melalui sistem limfa atau aliran darah.