This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

Apa itu kolitis berulser?

Kolitis berulser ialah penyakit yang menyebabkan keradangan (bengkak dan kesakitan) pada lapisan kolon (usus besar) atau rektum.

Kolitis berulser boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, bergantung kepada kawasan rektum dan kolon yang terjejas (ketahui lebih lanjut tentang sistem penghadaman).

Jadual 1: Jenis-jenis kolitis berulser
Kawasan yang mengalami keradangan: Nama perubatan:
Rektum  Proctitis atau proctitis berulser
Rektum dan hujung bahagian bawah kolon Proktosigmoiditis
Keseluruhan kolon di sebelah kiri abdomen Distal kolitis berulser atau hanya distal kolitis

 

Menjejaskan lebih daripada sebelah kiri kolon, biasanya keseluruhan kolon Pancolitis
Menjejaskan keseluruhan kolon dan menyebabkan kesakitan parah, cirit-birit berlebihan dan kadang-kadang dehidrasi dan kejutan. Ini ialah bentuk kolitis yang mengancam nyawa dan jarang berlaku. Kolitis fulminan

Siapakah yang akan mendapat kolitis berulser?

Jadual 2: Siapakah yang akan mendapat kolitis berulser?1
Eropah  0.6 hingga 24.3 setiap 100,000 orang
Asia dan Timur Tengah 0.1 hingga 6.3 setiap 100,000 orang
Amerika Utara 0 hingga 19.2 setiap 100,000 orang
Umur  Boleh terjadi pada sebarang usia tetapi paling biasa bermula antara umur 30 dan 40
Lelaki atau perempuan Wanita dan lelaki sama rata

Simptom-Simptom

Simptom-simptom yang paling biasa ialah:

  • Sakit perut – Boleh jadi kekejangan, biasanya pada sebelah kiri (kerana kolon terletak di sebelah kiri tubuh anda)
  • Cirit-birit – Apabila radang pada lapisan usus bertambah buruk dan berulser, ia hilang keupayaan untuk menyerap air daripada bahan kumuh yang melalui kolon, ini menyebabkan cirit-birit
  • Najis berdarah atau berlendir – Lapisan usus yang rosak dan berulser itu juga boleh menghasilkan lendir dan darah yang masuk ke dalam najis

Lain-lain simptom bergantung kepada sama ada anda mempunyai bentuk penyakit yang ringan, sederhana atau parah.

Jadual 3: Simptom-Simptom Kolitis Berulser
Ringan Sederhana Parah
Darah dalam najis Ada Ada Ada dengan banyak nanah (bahan). Perut kembung, udara dalam usus. Demam dan secara umumnya rasa tidak sihat
Jenis najis Berbutir Berair Cirit-birit
Buang air besar Beberapa kali sehari Kerap  Sangat kerap. Sering rasa terdesak untuk buang air besar
Rasa terdesak untuk buang air besar Ada Ada Ada
Lain-lain simptom Terdesak untuk ke tandas walaupun tiada najis (tenesmus). Mungkin akan rasa penat dan gelisah Terdesak untuk ke tandas walaupun tiada najis (tenesmus). Demam, susut berat badan, sakit perut berterusan (terutama pada sebelah kiri), kembung, lesu

Lama-kelamaan, kehilangan darah membawa kepada anemia. Cirit-birit dan sakit perut boleh membuat anda hilang selera makan dan hilang berat badan. Simptom-simptom ini juga boleh menyebabkan kelesuan yang juga merupakan kesan sampingan anemia.

Dengan rawatan, simptom-simptom akan hilang perlahan-lahan dalam beberapa minggu atau bulan. Penghidap kolitis berulser juga mungkin mengalami sembelit yang boleh mengakibatkan sakit perut dan kembung.

Kanak-kanak yang menghidap kolitis berulser mungkin tidak dapat membesar dengan baik. Dengan rawatan, simptom-simptom akan hilang perlahan-lahan dalam beberapa minggu atau bulan. Jika anda menghidap kolitis berulser, anda juga mungkin mengalami sembelit.

Sentiasa hubungi pakar perubatan anda dengan segera jika anda alami:

  • Kesakitan, ulser atau bengkak yang lembut dalam rektum
  • Komplikasi bertambah buruk yang akut (tiba-tiba)
  • Jika bahagian perut anda kembung atau anda sakit perut, muntah atau sembelit, anda mungkin mengalami halangan dalam usus.

Rujukan
1) Molodecky, N.A., Soon, I.S., Rabi, D.M., Ghali, W.A., Ferris, M., Chernoff, G., Benchimol, E.I., Panaccione, R., Ghosh, S., Barkema, H.W., et al. (2012). Increasing Incidence and Prevalence of the Inflammatory Bowel Diseases With Time, Based on Systematic Review. Gastroenterology 142, 46–54.e42.

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 2.60 (5 votes)
Loading...

Borang maklum balas