This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

Notis privasi

Terima kasih kerana mengunjungi www.guts4life.com.my. Di Ferring, privasi anda adalah penting kepada kami dan kami bertekad untuk memastikan amalan perlindungan data kami mematuhi peraturan-peraturan perlindungan data Eropah dan negara tempatan yang terpakai.

Notis Privasi ini akan memberi maklumat tentang bagaimana Ferring mungkin mengumpul, memegang dan memproses data peribadi anda, dan menerangkan bagaimana kami memastikan data peribadi anda dilindungi selaras dengan peraturan-peraturan yang terpakai.

Guts4life (www.guts4life.com.my) ialah laman web yang mengandungi maklumat, sokongan dan inspirasi untuk pihak yang mempunyai kebimbangan tentang penyakit Crohn dan kolitis berulser, keadaan-keadaan yang dikenali sebagai penyakit radang usus (inflammatory bowel disease) (IBD).

Notis Privasi ini hanya terpakai pada laman web www.guts4life.com.my, oleh itu, jika anda mengunjungi laman web lain yang berkaitan dengan atau dicadangkan oleh Ferring, sila rujuk notis privasi pada laman web yang berkenaan.

  • Maksud data peribadi
  • Siapa boleh dianggap sebagai subjek data
  • Bagaimana Ferring boleh menggunakan data peribadi anda
  • Kuki
  • Penyimpanan data peribadi
  • Hak anda
  • Bagaimana Ferring boleh berkongsi atau memindah data peribadi anda
  • Pautan ke laman web lain
  • Maklumat keselamatan
  • Kanak-kanak
  • Pengubahsuaian
  • Cara menghubungi kami

Maksud data peribadi

Data peribadi bermaksud semua maklumat berkaitan dengan seseorang individu yang dikenalpasti atau boleh dikenalpasti. Ini mungkin termasuk nama, alamat surat menyurat, nombor telefon, alamat e-mel atau apa-apa maklumat lain yang mungkin digunakan untuk mengenal pasti anda secara peribadi.

Siapa boleh dianggap sebagai subjek data

Seorang subjek data adalah mana-mana individu yang dikenalpasti atau boleh dikenalpasti di mana data peribadinya sedang diproses. Sekiranya anda masih bukan seorang subjek data Ferring, anda mungkin berpeluang untuk memberi data peribadi anda secara sukarela semasa anda mengunjungi laman web ini, dan oleh itu, menjadi seorang subjek data. Ferring hanya akan mengumpul data peribadi daripada anda semasa anda mengunjungi laman web ini jika dan apabila anda memberikannya secara sukarela.

Bagaimana Ferring boleh menggunakan data peribadi anda

Ferring Sdn Bhd (“Ferring”), sebagai pengguna data bagi pihak ahli gabungan Kumpulan Ferring, hanya akan memproses data peribadi anda sekiranya terdapat asas undang-undang untuk berbuat demikian, dan sekiranya terdapat keperluan untuk melaksanakan tujuan data peribadi tersebut dikumpul. Asas undang-undang untuk memproses data peribadi anda akan bergantung kepada tujuan data peribadi tersebut dikumpul, seperti yang diterangkan di bawah:

  • Data peribadi mungkin diproses, sekiranya diperlukan, untuk kepentingan sah kami dalam mencapai atau memenuhi tujuan-tujuan berikut:
    • untuk membalas pertanyaan anda dalam kategori-kategori berikut: media; perkongsian; perkembangan hubungan perniagaan; dan apa-apa pertanyaan umum yang lain;
    • untuk memproses dan membalas pertanyaan mengenai privasi data dan hak privasi anda;
    • untuk memproses dan menilai kes-kes yang dilaporkan bagi kemungkinan salah laku dan/atau pelanggaran Falsafah Ferring serta Polisi dan SOP lain yang terpakai;
    • untuk memproses dan membalas permintaan kerjasama; atau
    • apa-apa tujuan perniagaan lain yang sah seperti analisis data, audit, menambah baik perkhidmatan dan mengembangkan aktiviti perniagaan kami.

    Ferring percaya bahawa ia adalah penting untuk memproses data peribadi untuk tujuan-tujuan yang disebutkan di atas berdasarkan kepentingan yang sah untuk memastikan pertanyaan, permintaan, permohonan dan laporan diproses tepat pada waktunya selaras dengan harapan pengguna, polisi-polisi dan undang-undang yang terpakai, dan pada masa yang sama mempertimbangkan hak-hak anda dengan secukupnya. Di samping itu, anda boleh mendapat lebih banyak maklumat tentang ujian pengimbangan kepentingan sah yang telah dilaksanakan oleh Ferring.

  • Data peribadi mungkin diproses apabila diperlukan untuk mematuhi undang-undang and peraturan-peraturan yang terpakai seperti:
    • untuk mematuhi undang-undang di dalam dan di luar negara kediaman anda; atau
    • untuk mematuhi proses undang-undang atau membalas perintah mahkamah untuk mengemukakan data peribadi tertentu.
  • Data peribadi boleh dikumpul dan diproses, sekiranya diperlukan, untuk kepentingan vital dan untuk mematuhi kewajipan keselamatan yang terpakai dalam sektor farmaseutikal seperti:
    • untuk memproses laporan mengenai kesan sampingan, kesan buruk ubat, peristiwa buruk atau maklumat keselamatan mengenai sesuatu ubat/produk Ferring yang lain. Untuk maklumat mengenai pemprosesan data kategori khas bagi tujuan ini, sila rujuk Notis Privasi Farmakovigilans.
  • Data peribadi mungkin dikumpul dan diproses semasa aktiviti-aktiviti komersial dan pendidikan kami dijalankan dengan anda sebagai seorang Pegawai Kesihatan Profesional. Sila rujuk Notis Privasi Pengurusan Hubungan Pelanggan kami mengenai aktiviti-aktiviti tersebut.

Data peribadi anda hanya akan diggunakan untuk tujuan spesifik ia dikumpul, dan tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan lain tanpa memaklumkan anda terlebih dahulu dan/atau mendapatkan persetujuan yang sesuai.

Kuki

Apabila anda mengunjungi laman web ini, data mengenai penggunaan laman web oleh anda mungkin dikumpul dengan menggunakan Google Analytics. Teknologi penjejakan ini menggunakan kuki untuk mengumpulkan data agregat mengenai penggunaan dan aktiviti laman web, seperti bilangan pengguna yang mengunjungi laman web dan kekerapannya. Data ini mungkin dikongsi dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk menambahbaik perkhidmatan laman web kami. Tiada data peribadi dapat diakses atau dikumpul melalui kuki ini. Penggunaan teknologi jenis ini adalah mematuhi peraturan-peraturan perlindungan data yang terpakai dan Peraturan E-Privasi semasa.

Penyimpanan data peribadi

Ferring akan mengambil tindakan yang sesuai untuk memastikan data peribadi anda hanya disimpan untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini. Ferring hanya akan menyimpan data peribadi yang dikumpul untuk tempoh yang lebih panjang jika diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang atau peraturan-peraturan yang terpakai dalam industri farmaseutikal.

Hak anda

Sekiranya dan apabila kami mengumpul, memegang dan memproses data peribada anda, anda akan diberikan hak-hak spesifik sebagai seorang subjek data. Ferring akan melaksanakan hak-hak ini selaras dengan undang-undang perlindungan data Eropah dan negara tempatan yang terpakai.

  • Hak untuk mengakses dan membetulkan data: anda mempunyai hak untuk meminta sesalinan maklumat mengenai anda yang kami pegang, serta hak untuk meminta pembetulan data peribadi yang kami pegang jika ia tidak tepat.
  • Hak untuk memadam dan menyekat pemprosesan data: anda mempunyai hak untuk meminta pemadaman data peribadi anda atau untuk menyekat pemprosesan data peribadi anda. Hak-hak ini adalah terhad dan hanya terpakai dalam keadaan tertentu dan di mana tiada pengecualian terpakai.
  • Hak untuk memudahalih data: anda mempunyai hak untuk meminta sesalinan data peribadi yang kami pegang, serta hak untuk meminta data ini untuk dipindahkan kepada pengawal lain. Hak ini tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan mungkin tidak terpakai, sebagai contoh, jika tidak dibenarkan untuk sebab kepentingan awam, atau tidak dapat dilaksanakan dari segi teknikal.
  • Hak untuk membantah: anda mempunyai hak untuk membantah pemprosesan yang mungkin menyebabkan kerosakan atau distres. Sekiranya data itu diproses untuk sebab kepentingan awam, tujuan saintifik atau statistik, anda masih boleh membantah dan kami bertanggungjawab untuk menunjukkan kesahan pemprosesan data tersebut.
  • Anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda.
  • Anda mempunyai hak untuk menghubungi atau membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan perlindungan data tempatan anda.

Sekiranya anda ingin mengemukakan permintaan mengenai sesuatu hak subjek data, sila guna Borang Hubungan Subjek Data.

Bagaimana Ferring boleh memindah atau berkongsi data peribadi anda

Data peribadi anda mungkin dipindahkan ke lokasi lain di mana Ferring menyelenggara kemudahan (termasuk ahli gabungan, kontraktor, rakan kongsi atau ejen Ferring), sekiranya terdapat alasan sah untuk pemindahan tersebut, seperti alasan perniagaan yang sah. Lokasi-lokasi tersebut mungkin merangkumi negara-negara di luar Kawasan Ekonomi Eropah (EEA). Sebarang pemindahan sedemikian akan dilindungi oleh perjanjian pemindahan data antarabangsa dalaman, untuk memastikan data peribadi anda dilindungi selaras dengan undang-undang perlindungan data Eropah dan negara yang terpakai.

Ferring mungkin, dalam situasi tertentu, berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga, seperti vendor, kontraktor, rakan kongsi atau ejen, sekiranya diperlukan untuk mencapai tujuan yang telah dimaklumkan, atau sekiranya pihak ketiga tersebut membantu Ferring untuk memproses data. Ferring hanya akan mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga dalam situasi berikut:

  • anda telah memberi persetujuan yang berkenaan;
  • sekiranya berkenaan, oleh sebab permintaan anda sebagai seorang subjek data;
  • sekiranya terdapat asas undang-undang untuk pendedahan data dan anda telah diberi notis yang sesuai mengenainya;
  • sekiranya kami perlu berbuat demikian di bawah undang-undang yang terpakai atau oleh sebab perintah mahkamah; atau
  • sekiranya Ferring memutuskan untuk menjual, membeli, menggabungkan atau menyusun semula struktur perniagaannya.

Ferring tidak akan menjual maklumat anda kepada pihak ketiga.

Pautan ke laman web lain

Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web yang berkaitan atau luaran. Ferring tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, kualiti, aktiviti pemprosesan data atau amalan perlindungan data di laman web lain. Sekiranya anda mengunjungi laman web lain, sila rujuk notis privasi dan tetapan privasi laman web yang berkenaan.

Maklumat keselamatan

Ferring mengekalkan beberapa langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang sesuai untuk melindungi data peribadi anda daripada akses, penggunaan, pendedahan, kemusnahan atau kehilangan secara tidak sengaja yang tidak dibenarkan. Sebagai contoh, jika berkenaan, Ferring adalah komited untuk menyulitkan (encryption), anonimisasikan (anonymisation) atau memberikan nama samaran (pseudonymization) kepada data peribadi, dan data peribadi akan disimpan dengan selamat dalam sistem yang ditetapkan. Polisi dan prosedur dalaman kami adalah direka untuk mengutamakan dan menggalakkan perlindungan data peribadi.

Walaupun langkah-langkah keselamatan data kami sentiasa dinilai dan dikemas kini, keselamatan data yang dipindah melalui internet daripada komputer atau peranti lain tidak dapat dijamin dan anda digalakkan untuk mengambil langkah-langkah untuk melindungi diri anda semasa atas talian dan terhadap penggunaan kata laluan dan peranti mudah alih anda yang tidak dibenarkan, serta memasang perlindungan firewall, anti-virus dan anti-spyware yang sesuai untuk komputer anda.

Di bawah ialah satu senarai kejadian data yang mungkin berlaku yang tidak menyeluruh, termasuk,

  • kehilangan/pencurian komputer riba;
  • penggodam luaran;
  • e-mel yang mengandungi data peribadi yang dihantar secara tidak sengaja;
  • kehilangan maklumat semasa dihantar; atau
  • dokumen yang tertinggal di lokasi yang tidak selamat.

Sekiranya anda mengesyaki sebarang kompromi keselamatan atau mengesan sebarang kelemahan, ia adalah mustahak untuk melaporkan kejadian-kejadian data sebegini dengan serta merta dengan menggunakan Borang Hubungan Subjek Data.

Kanak-kanak

Ferring adalah komited untuk melindungi privasi kanak-kanak. Untuk data peribadi yang berkaitan dengan seseorang subjek data yang di bawah umur 18 tahun (atau lebih kurang jika diperuntukkan di bawah undang-undang negara yang terpakai), persetujuan diperlukan daripada wakil di sisi undang-undang mereka. Ferring akan melakukan semua usaha yang sedia ada dan wajar untuk mengesahkan bahawa persetujuan yang diperlukan telah diperolehi dalam kes-kes sebegini.

Pengubahsuaian

Sebarang perubahan kepada Notis Privasi ini akan dimaklumkan di sini. Kami mencadangkan supaya anda merujuk Notis Privasi kami semasa mengujungi semula laman web kami untuk menyemak sebarang perubahan dan memahami komitmen berterusan kami dalam menghormati hak privasi dan menyediakan perlindungan data pada tahap setinggi mungkin.

Maklumat perhubungan

(i) Sekiranya anda ingin menarik diri atau mempunyai sebarang pertanyaan atau komen mengenai Notis Privasi ini, sila hubungi Ferring Sdn Bhd di alamat berikut atau melalui “my_enquiries@ferring.com

Ferring Sdn Bhd
21-6, Block B, Jaya One,
No, 72-A, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz,
46200 Petaling Jaya, Selangor

(ii) Sekiranya anda ingin:

  • Melaporkan sesuatu kejadian data atau pelanggaran data peribadi yang disyaki;
  • Mengemukakan permintaan untuk melaksanakan hak-hak anda sebagai seorang subjek data; atau
  • Menghubungi Pegawai Perlindungan Data Global bagi sesuatu pertanyaan umum,

 

sila gunakan Borang Hubungan Subjek Data.

Sebagai alternatif, anda boleh menulis kepada kami di alamat berikut:

(Perhatian: Pegawai Perlindungan Data)

Ferring International Center S.A.
Chemin De la Vergognausaz 50
1162 St Prex
Switzerland

atau, di Wakil EU untuk GDPR,
(Perhatian: Pegawai Perlindungan Data)

Ferring International PharmaScience Center (IPC)
Amager Strandvej 405
2770 Kastrup
Denmark

 

Notis Privasi ini dikemaskini terakhir pada 25/02/2022

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 1.00 (3 votes)
Loading...

Borang maklum balas