Apakah yang menyebabkan IBD?
Punca penyakit radang usus (IBD) tidak jelas. Bagaimanapun, kebanyakan pakar fikir terdapat satu penjelasan berbilang faktor (maksudnya beberapa faktor berlainan memainkan peranan) yang mungkin termasuk:
- Gen:
- Para saintis telahpun mengenal pasti satu gen, dipanggil NOD2/CARD 15, yang terlibat dalam sekurang-kurangnya 20% daripada kes-kes Crohn. Antara 15% hingga 20% individu yang terjejas mungkin mempunyai saudara rapat yang menghidap satu daripada penyakit-penyakit ini tetapi pada masa ini belum ada corak yang jelas tentang keturunan.
- Para penyelidik mendapati bahawa kolitis berulser boleh merebak dalam keluarga. Hakikatnya, sehingga 20% daripada penghidap Kolitis Berulser mempunyai saudara tahap pertama (sepupu atau lebih rapat) dengan sama ada kolitis berulser atau penyakit Crohn. Maka genetik jelas memainkan peranan walaupun didapati tiada corak khusus.
- Tindak balas tidak sesuai oleh sistem imun tubuh
- Sesuatu dalam alam sekitar
Ini bermakna tidak ada cara untuk menjangka, jika ada, ahli keluarga yang mana satu yang akan mendapat Kolitis Berulser atau penyakit Crohn.
Walau apapun penyebabnya, sesuatu mungkin telah membuat sistem imun untuk “terpasang”, menyebabkan keradangan dalam usus. Apabila radang ini tidak “padam” seperti sepatutnya, ia menyebabkan kerosakan kepada saluran gastrousus dan menghasilkan simptom-simptom kolitis berulser atau penyakit Crohn.
Satu perkara penting ialah kolitis berulser atau penyakit Crohn tidak berjangkit. Ini bermakna anda tidak boleh mendapat keadaan ini daripada orang yang menghidapinya dan anda juga tidak boleh menjangkiti orang lain jika anda menghidapinya.
Pencetus-pencetus yang mungkin boleh memburukkan simptom-simptom IBD
Walaupun punca sebenar IBD tidak jelas, terdapat pencetus-pencetus tertentu yang boleh menyebabkan simptom bertambah teruk.
Ini termasuk:
- Tekanan – Bagi sesetengah orang, gangguan emosi boleh membawa kepada kemarakan simptom
- Mengambil ubat secara berselang/mengambil ubat pada dos yang tidak betul
- Mengambil ubat-ubat tertentu seperti ubat anti radang bukan steroid (NSAIDs) atau antibiotik
- Makan makanan tertentu – setengah jenis makanan boleh menyebabkan simptom memarak
- Merokok – Kajian telah menunjukkan bahawa merokok mempunyai kesan negatif kepada penghidap penyakit Crohn. Terdapat bukti yang bercanggah tentang kesan merokok ke atas kolitis berulser tetapi secara umumnya merokok tidak baik untuk kesihatan anda.
Ketahui lebih lanjut tentang Menjalani kehidupan dengan IBD.