This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

IBD dan anda

Terdapat beberapa perkara yang anda boleh buat untuk memainkan peranan aktif dalam pengurusan IBD anda:

  • Terlibat dalam pengurusan proaktif kesihatan anda sendiri setiap hari
  • Tahu bila dan bagaimana untuk menjaga kesihatan umum anda
  • Ikuti pelan pengurusan dan ambil ubat-ubatan anda
  • Bertanya jika anda berasa bimbang dan dapatkan bantuan jika ada masalah
  • Patuhi arahan doktor tentang pengambilan ubat (walaupun anda rasa sihat). Mengambil ubat untuk penyenggaraan boleh mengurangkan kemungkinan berlaku kemarakan dan meningkatkan masa anda bebas daripada simptom dan berasa sihat
  • Kekal positif secara keseluruhan: Walaupun penyakit radang usus (IBD) ialah penyakit kronik yang serius, ia tidak membawa maut. Kebanyakan penghidap IBD mampu menjalani kehidupan bertenaga dan produktif.

Ingat, walaupun pada kebanyakan masa anda boleh hidup secara normal, kadang-kadang kesihatan anda akan perlu diberi prioriti. Bertanggungjawab menguruskan keadaan anda bermakna anda lebih bersedia untuk menghadapi kesan IBD ke atas hidup anda.

Apakah yang perlu saya tahu?

Langkah pertama dalam mengawal keadaan anda ialah memahami apa yang anda sedang hadapi. Carilah maklumat yang komprehensif dan boleh dipercayai tentang IBD untuk memperbanyakkan pengetahuan.

Selain dari memahami apa itu IBD, anda juga perlu faham apa yang bukan IBD. Mempunyai pengetahuan tentang IBD akan membantu anda menentukan sama ada simptom yang anda sedang alami itu berkait dengan IBD anda atau tidak. Anda juga akan faham bahawa anda bukan penyebab IBD (walaupun ada perkara yang anda boleh buat untuk mengurangkan sesetengah simptom).

Cara terbaik untuk menghadapi IBD ialah dengan mengawalnya. Cara terbaik untuk mengawalnya ialah dengan mengambil ubat dan membuat beberapa perubahan gaya hidup yang positif.

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 1.67 (6 votes)
Loading...

Borang maklum balas