This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

Menangani IBD

Emosi

Anda mungkin mengalami pelbagai perasaan apabila didiagnosis dengan penyakit radang usus (IBD). Ini mungkin termasuk:

  • Marah
  • Takut
  • Menafikan
  • Lega
  • Bersalah
  • Benci

Apapun yang anda rasakan, ingatlah bahawa semua reaksi ini adalah normal. Anda tidak melakukan apa-apa yang menyebabkan keadaan ini – IBD – ia bukan disebabkan oleh tekanan psikologi atau fizikal.

Bercakap dengan seseorang seperti kawan atau ahli keluarga yang rapat atau orang tersayang tentang perasaan anda mungkin membantu. Anda juga boleh bertanya kepada doktor tentang kaunseling psikologi jika anda merasa sukar menanganinya. Terdapat beberapa kumpulam sokongan pesakit dalam talian dan forum yang boleh menyediakan sokongan emosi serta maklumat tentang masalah tertentu atau isu-isu yang anda sedang hadapi.

Bantuan boleh didapati:

  • Berbincang dengan pakar IBD anda – beliau akan dapat membantu atau menunjukkan anda arah yang betul
  • Berbincang dengan jururawat pakar gastrousus anda jika klinik atau hospital menyediakan perkhidmatan ini
  • Berbincang dengan keluarga atau kawan-kawan
  • Sertai kumpulan sokongan (dalam talian atau perseorangan) untuk berbual dengan orang lain yang mungkin berada dalam situasi yang sama

Isu-isu praktikal

Secara praktikal, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk membuat hidup anda dengan kolitis berulser dan penyakit Crohn lebih mudah dan kurang tertekan. Di rumah, banyak perkara lebih mudah diurus kerana ada tandas dan pakaian gantian jika perlu tetapi anda mungkin berasa gentar untuk keluar bekerja dan bersosial.

Cuba dan gunakan senarai semak ini untuk membantu anda merancang lebih awal dan dapat mengawal keadaan apabila keluar rumah

Senarai semak apabila keluar rumah

  • Bawa beberapa helai seluar dalam tambahan
  • Bawa tisu dan kertas lap – jika diperlukan
  • Bawa ubat bersama anda
  • Apabila tiba di tempat baru (restoran, kafe, tempat kerja), pastikan anda tahu kedudukan tandas
  • Jika anda mengembara, cuba tempah tempat duduk berdekatan tandas
  • Cuba dapatkan kad tandas ‘prioriti’ yang anda boleh tunjukkan jika anda perlu menggunakan tandas dengan segera

Ingatlah bahawa ramai lagi penghidap IBD yang menghadapi cabaran yang sama seperti ini setiap hari dan anda tidak keseorangan. Kawan, orang tersayang dan rakan sekerja boleh memberikan sokongan kepada anda.

Dalam anda mengharungi kehidupan harian, cuba lakukan aktiviti sama yang anda gemari sebelum didiagnosis. Ini akan membantu anda kekal positif dan memainkan peranan aktif dalam penjagaan diri anda.

Menangani kesakitan

Setiap orang merasai kesakitan secara berbeza dan jika anda mempunyai IBD yang ringan, anda mungkin tidak merasai sakit langsung walaupun semasa kemarakan simptom.

Jika anda berasa sakit yang berkaitan dengan IBD anda (kejang perut serta kesakitan lain), ada beberapa perkara yang boleh dibuat untuk menguruskan kesakitan ini. Adalah penting untuk memberitahu pakar IBD atau pasukan penjagaan kesihatan anda tentang simptom-simptom yang menyakitkan itu. Mereka mungkin mengesyorkan beberapa jenis ubat penahan sakit atau teknik bertenang atau senaman bernafas yang boleh membantu anda menangani kesakitan anda.

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 1.25 (4 votes)
Loading...

Borang maklum balas