Ketahui tentang IBD
Penyakit radang usus atau IBD ialah satu keadaan keradangan kronik (berterusan) yang menjejaskan sistem penghadaman.
Terdapat dua jenis IBD yang utama:
- Kolitis berulser
- Penyakit Crohn
Kedua-dua keadaan ini mempunyai simptom-simptom yang sama dan bertindihan tetapi menjejaskan bahagian sistem penghadaman yang berbeza.
Bahagian ini akan menjelaskan lebih lanjut kepada anda tentang:
- Apa itu IBD
- Perbezaan antara kolitis berulser dan penyakit Crohn
- Apakah simptom-simptom umum IBD
- Apa yang menyebabkan IBD
- Apakah harapan yang ada bagi seseorang penghidap IBD
halaman dalam bahagian ini
-
Apa itu IBD?
Terdapat dua jenis IBD yang utama: kolitis berulser dan penyakit Crohn. Ia menjejaskan bahagian-bahagian sistem penghadaman yang berbeza dan memberikan simptom-simptom yang sedikit berbeza.
-
Apa itu kolitis berulser?
Kolitis berulser ialah penyakit yang menyebabkan keradangan (bengkak dan sakit) pada lapisan dalam kolon (usus besar) atau rektum.
-
Apa itu penyakit Crohn?
Penyakit Crohn ialah penyakit radang kronik (berterusan) yang boleh berlaku di mana-mana sahaja dalam saluran gastrousus – dari mulut ke rektum.