This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

Apa itu penyakit Crohn?

Penyakit Crohn ialah penyakit keradangan kronik (berterusan) yang boleh berlaku di mana-mana dalam saluran gastrousus – dari mulut hingga ke rektum.

Ia biasanya menyerang rektum, kolon dan bahagian bawah usus kecil (ileum hujung). Dalam kes yang sangat jarang, perut, kerongkong atau mulut juga boleh terlibat. Ketahui lebih lanjut tentang sistem penghadaman.

Bagi hampir satu pertiga penghidap penyakit Crohn, hanya usus besar yang terjejas, dalam satu pertiga lagi, hanya usus kecil yang diserang. Dalam satu pertiga penghidap penyakit Crohn, kedua-dua usus besar dan kecil terjejas.

Keradangan tersebut boleh merebak jauh ke dalam lapisan-lapisan usus. Ia juga boleh ‘melangkau’ bahagian, oleh itu akan terdapat bahagian yang keradangan dipisahkan oleh bahagian usus yang normal.

Gambarajah 1: Lokasi di mana penyakit Crohn boleh menyerang usus

Penyakit Crohn menunjukkan simptom-simptom yang lebih bertahan berbanding Kolitis Berulser dengan sakit perut dan cirit-birit yang bertambah, terutamanya pada waktu makan. Ketahui lebih lanjut tentang kolitis berulser.

FAKTA: Penyakit Crohn dinamakan sempena nama seorang doktor Amerika, Burrill Bernard Crohn, yang pada 1922 menulis tentang penyakit ini dan memanggilnya ileitis serantau (keradangan dalam usus kecil setempat, yang dipanggil ileum dalam bahasa Latin). Kemudian nama penyakit ditukar kepada penyakit Crohn sebagai pengiktirafan terhadap usaha beliau untuk memahami penyakit tersebut.

Siapakah yang akan mendapat penyakit Crohn?1

Jadual 1: Siapakah yang akan mendapat penyakit Crohn?
Eropah  0.3 hingga 12.7 setiap 100,000 orang
Asia dan Timur Tengah 0.04 hingga 5.0 setiap 100,000 orang
Amerika Utara 0 hingga 20.2 setiap 100,000 orang
Umur  Boleh terjadi pada sebarang usia tetapi paling biasa bermula antara umur 18 dan 35
Jantina  Wanita dan lelaki setara
Lain-lain Paling kerap berlaku kepada perokok – merokok menjadikannya semakin teruk. Risiko memerlukan pembedahan ialah dua kali lebih tinggi bagi penghidap yang merokok berbanding bukan perokok. Berhenti merokok akan menghilangkan peningkatan risiko ini.

Para penyelidik telah mendapati bahawa penyakit Crohn cenderung untuk berlaku dalam keluarga tertentu. Hakikatnya, sehingga 20% daripada penghidap penyakit Crohn mempunyai saudara tahap pertama (sepupu atau lebih dekat) yang menghidap sama ada penyakit Crohn atau Kolitis Berulser.

Terdapat faktor genetik. Risiko bagi kanak-kanak atau adik-beradik mendapat penyakit Crohn ialah lebih kurang 10% dan 35% jika kedua-dua ibu bapa menghidap penyakit tersebut.

Simptom-Simptom

Simptom-simptom berbeza bergantung kepada sama ada penyakit itu menyerang usus kecil atau kolon. Biasanya ia boleh mengambil masa lebih lama dari ketika simptom pertama muncul sehingga diagnosis berbanding kolitis berulser. Ini kerana pada peringkat awal, simptom tidak jelas sifatnya, oleh itu sukar untuk membuat diagnosis yang betul.

Pesakit lebih cenderung mendapat sakit perut dan sedikit darah dalam najis.

Simptom-simptom termasuk:

Jadual 2: Simptom-simptom penyakit Crohn
Darah dalam najis Kadang-kadang
Cirit-birit Buang air besar cair, berair atau kerap
Rasa terdesak untuk buang air besar Ada
Pendarahan dubur Kadang-kadang
Demam Kadang-kadang
Kesakitan  Kadang-kadang, biasanya di bahagian bawah sebelah kanan abdomen, mungkin beserta sakit dalam pelvis
Lain-lain
  • Hilang selera makan
  • Hilang berat badan
  • Kelesuan
  • Ulser, bisul atau fistula berhampiran dubur, mungkin mengeluarkan nanah (perubahan pada dubur mungkin, untuk sementara, menjadi yang pertama dan satu-satunya simptom penyakit ini)
  • Ulser mulut

Kanak-kanak yang menghidap penyakit Crohn boleh mengalami kelewatan dalam pertumbuhan dan perkembangan seksual. Dapatkan maklumat untuk penjaga bagi penghidap IBD.

Rujukan
1. Molodecky, N.A., Soon, I.S., Rabi, D.M., Ghali, W.A., Ferris, M., Chernoff, G., Benchimol, E.I., Panaccione, R., Ghosh, S., Barkema, H.W., et al. (2012). Increasing Incidence and Prevalence of the Inflammatory Bowel Diseases With Time, Based on Systematic Review. Gastroenterology 142, 46–54.e42.

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 1.80 (5 votes)
Loading...

Borang maklum balas