This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

Simptom-Simptom Umum IBD

Ciri-ciri simptom penyakit radang usus (IBD) ialah:

  • Cirit-birit (kerap membuang air besar, najis berair atau berbutir)
  • Sakit perut
  • Darah dalam najis
  • Nanah dan lendir dalam najis
  • Sakit ketika membuang air besar
  • Hilang berat badan
  • Demam dan kesan kepada kesihatan umum

Jangkitan pada gastrousus (atau ‘sakit perut’) dan sindrom kerengsaan usus (IBS) juga boleh menyebabkan sebahagian daripada simptom-simptom ini.

Adakah ia ialah sakit perut?

Perbezaan penting antara jangkitan gastrousus biasa dan IBD ialah faktor masa. Apabila berlaku jangkitan, simptom-simptom biasanya akan hilang dalam masa satu atau, paling lama, dua minggu. Jika ia ialah IBD, ia akan mengambil masa lebih lama untuk hilang dan akan berlaku episod yang lain atau kemarakan apabila simptom datang semula.

Adakah saya mengalami IBS atau IBD?

Simptom-simptom simdrom kerengsaan usus (IBS) biasanya terhad kepada sakit perut, cirit-birit dan sembelit. Anda juga tidak mungkin akan mempunyai darah dalam najis, demam atau hilang berat badan dengan IBS. Berbincanglah dengan doktor anda jika anda berasa bimbang atau tidak pasti.

Simptom-simptom amaran dalam IBD

  • Demam
  • Nadi berdenyut cepat
  • Berasa tidak sihat secara umumnya
  • Pendarahan yang banyak atau laju

Apa akan berlaku apabila seseorang itu mendapat IBD?

Kebanyakan penghidap IBD akan mengalami tempoh di mana simptom mereka menjadi teruk, dikenali sebagai sama ada kemarakan, fasa aktif, relaps atau ‘serangan’ – berserta waktu apabila penyakit menjadi ‘senyap’ dan hanya terdapat beberapa atau tiada simptom, disebut sebagai keredaan atau remisi.

Bilangan, jenis dan tempoh kemarakan berbeza-beza dan IBD menjejaskan orang yang berlainan dalam cara yang berlainan.

IBD boleh dipecahkan kepada jenis-jenis yang berlainan bergantung kepada tempoh dan kekerapan kemarakan simptom:

  • Keredaan – kemarakan berlaku lebih kerap daripada sekali setahun
  • Terhenti sekejap – satu tempoh lebih panjang daripada setahun berselang antara setiap kemarakan
  • Kronik – jika serangan bertahan lebih lama daripada setahun
  • Akut – sangat intensif, radang merebak pantas
  • Aktif semula – apabila radang bertambah teruk semula di bahagian usus yang terjejas oleh keradangan lampau. Ini biasanya berlaku jika rawatan tidak diteruskan.

Kebanyakan orang mengalami apa yang dikenali sebagai IBD berselang secara kronik yang bermakna mereka mengalami kemarakan yang lebih panjang dengan tempoh remisi di antaranya.

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 2.50 (6 votes)
Loading...

Borang maklum balas