This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

Hidup secara sihat

Pemakanan

Mengekalkan gaya hidup sihat – menjaga makan, bersenam secukupnya dan kurangkan tabiat buruk – adalah bermanfaat untuk semua orang. Apabila anda menghidap IBD, menjalani gaya hidup sihat juga boleh membantu menguruskan simptom dan membuat anda kekal sihat.

Pesakit IBD biasanya akan mengalami:

  • Hilang selera makan: Akibat rasa tidak sihat, sakit dan loya serta cirit-birit
  • Hilang berat badan: Akibat cirit-birit dan kurang selera makan
  • Penyerapan cecair, nutrien dan elektrolit (‘garam’) berubah disebabkan radang dalam usus kecil dan/atau kolon
  • Kemarakan simptom berkaitan pemakanan (sesetengah orang)

Pemakanan yang seimbang boleh membantu kekurangan nutrisi, terutamanya bagi penghidap penyakit Crohn.

Pemakanan bukan penyebab IBD tetapi makanan tertentu boleh mencetuskan kemarakan simptom atau memburukkan simptom. Cetusan ini berbeza-beza antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain dan tiada satu jenis makanan atau minuman yang memburukkan simptom untuk semua penghidap kolitis berulser atau penyakit Crohn.

Walaupun tiada pemakanan ‘ajaib’ yang berkesan untuk semua penghidap IBD, pemakanan yang sihat secara umumnya akan membantu anda menguruskan IBD anda dan mengurangkan kesan-kesan kemarakan simptom.

Pemakanan yang sihat ialah tentang apa yang anda masukkan dalam menu dan bukan apa yang anda keluarkan. Jika anda keluarkan makanan tetapi ia tidak memberi apa-apa kesan kepada simptom, maka anda boleh masukkannya semula ke dalam menu anda.

Untuk menentukan makanan yang mana boleh memburukkan simptom, ada baiknya jika anda mempunyai sebuah diari makanan. Ini boleh membantu anda melihat bagaimana pemakanan anda berkait dengan simptom anda.

Secara umumnya, penghidap kolitis berulser atau penyakit Crohn harus:

  • Makan dalam saiz yang kecil secara tetap. Bahagikan pengambilan harian kepada 5-6 saiz kecil dan makan setiap 2-3 jam. Ini lebih baik daripada kurang kerap makan tetapi dalam saiz hidangan yang besar. Saiz kecil akan membantu mengurangkan beban pada saluran penghadaman, membantu mencerna makanan dengan lebih baik
  • Kurangkan pengambilan lemak. Lemak boleh meningkatkan peristalsis usus dan menyebabkan sakit kekejangan. Mengurangkan minyak, mentega, lemak pejal dan marjerin, krim juga kuih dan biskut berinti boleh membantu mengurangkan pengambilan lemak.
  • Kurangkan pengambilan gula ringkas. Ini didapati dalam madu, kuih, kek dan jus buah pekat. Ia boleh menyebabkan atau meningkatkan peluang berlaku cirit-birit.
  • Kurangkan atau elakkan pengambilan susu dan produk tenusu. Susu dan produk tenusu (susu, krim dan keju diproses, dadih –penuh lemak atau rendah lemak) boleh memburukkan simptom IBD. Ia harus dielakkan semasa simptom memarak dan perlahan-lahan masukkan semula ke dalam pemakanan menurut toleran peribadi anda terhadap produk tenusu.
  • Elakkan hidangan terawet dan produk separuh siap
  • Elakkan hidangan pedas dan berempah
  • Elakkan pemanis tiruan – terutamanya sorbitol – yang boleh menyebabkan atau meningkatkan peluang berlaku cirit-birit
  • Elakkan kekacang dan bijian
  • Elakkan makanan berminyak dan bergoreng yang boleh menyebabkan gas dan cirit-birit
  • Hadkan makanan tinggi serat seperti sayuran, buah-buahan segar dan bijian penuh kerana ia boleh memburukkan simptom (terutamanya apabila usus radang). Semasa kemarakan simptom, penting untuk mengelakkan emping oat dan emping jagung serta legum, sayuran dan buah-buahan tinggi serat (terutamanya kubis, taugeh, buah sitrus, plum, anggur dan aprikot). Buah-buahan dan sayuran yang dihidang hendaklah dibuang kulit, biji dan dipanaskan (contohnya stew epal adalah sesuai)
  • Masak makanan tinggi serat sebelum makan: Masak buah-buahan dan sayuran secukupnya dan elakkan memakannya mentah. Ini lebih baik daripada mengeluarkannya daripada menu anda
  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan gas seperti kacang, kubis, brokoli, kafein dan minuman berkarbonat

Jika makanan tertentu menyebabkan masalah, beritahu doktor atau pakar pemakanan anda sebelum mengeluarkannya terus daripada pemakanan anda. Anda mungkin perlu menambah vitamin atau mineral untuk menggantikan nutrien yang penting.

Langkah-langkah seterusnya:

  • Berbincanglah dengan pakar IBD anda untuk mengetahui sama ada baik untuk anda membincangkan situasi anda dengan seorang pakar pemakanan
  • Baca garis panduan makan secara sihat
  • Sediakan senarai membeli-belah yang melibatkan makanan yang anda tahu dan fikir anda akan gemari
  • Bincangkan dengan keluarga atau rakan serumah tentang perubahan yang anda akan lakukan kepada pemakanan anda

Adakah saya perlu makanan berbeza semasa simptom memarak?

Semasa kemarakan, anda mungkin perlu biarkan usus anda ‘berehat’ dan hadkan pengambilan makanan. Namun, akibatnya anda mungkin kehilangan nutrien-nutrien penting, terutamanya protein yang membantu tubuh menghadapi proses keradangan. Tambahan lagi, sesetengah ubat (terutamanya steroid) boleh mengganggu metabolisme protein. Lebih mudah menghadam makanan jika ia dilecek atau dipuri.

Sebaik kemarakan reda, penting untuk memasukkan semula sebarang makanan yang anda elakkan dalam masa 3-5 hari, satu demi satu.

Adakah cara khas untuk memasak makanan saya?

Untuk membantu mengurangkan tekanan pada sistem penghadaman anda, makanan hendaklah dipanaskan dan mudah dihadam. Mendidih, stim, mereneh atau memanggang sedikit adalah cara-cara yang baik untuk memasak makanan. Elakkan menggoreng.

Apakah pemakanan yang sihat dan pelbagai?

Prinsip asas pemakanan untuk pesakit IBD adalah sama seperti untuk orang lain juga. Ini bermakna pemakanan itu hendaklah mengandungi campuran makanan berkarbohidrat (kentang, pasta, beras, roti, oat, jagung), berprotein (daging, ikan, susu, telur dan keju) dan rendah lemak, terutamanya lemak haiwan. Ditambah dengan buah-buahan, sayuran dan cecair, campuran makanan ini memberikan tenaga, vitamin dan elemen surih yang penting untuk memastikan kesihatan yang baik.

Patutkah saya elakkan susu?

Sesetengah orang tidak boleh mencerna laktosa (gula dalam susu dan banyak produk susu) dengan baik walaupun mereka bukan penghidap IBD. Ini kerana mereka tidak menghasilkan secukupnya enzim pencernaan yang dipanggil laktase.

Penghadaman laktosa yang tidak baik boleh menyebabkan kekejangan, sakit perut, gas, cirit-birit dan kembung. Jika anda tidak pasti sama ada anda mengalami intolerans laktosa, mintalah untuk menjalani “ujian toleran laktosa” untuk mengenal pasti masalah.

Jika anda menghidap kolitis berulser atau penyakit Crohn, anda juga boleh cuba mengehadkan produk tenusu dan lihat jika ini membawa perbezaan. Jika anda fikir anda mengalami intolerans laktosa, anda boleh cuba mengambil suplemen laktase untuk membantu tubuh anda mencerna makanan jenis ini.

Makanan tenusu ialah sumber nutrisi yang baik terutamanya kalsium dan protein, oleh itu anda patut kekalkan pengambilan makanan daripada kumpulan ini.

Adakah saya perlu mengambil vitamin tambahan?

Penghidap penyakit Crohn terutamanya mungkin perlu mengambil suplemen vitamin kerana keadaan mereka menjejaskan usus kecil, tempat yang bertanggungjawab menyerap vitamin daripada makanan.

Vitamin B12 diserap dalam ileum bahagian bawah. Jika anda mengalami ileitis (penyakit Crohn yang menjejaskan ileum), anda mungkin perlu mengambil suntikan vitamin B12 kerana tubuh anda tidak dapat menyerap secukupnya daripada makanan anda.

Jika anda sedang menjalani diet rendah serat, anda mungkin tidak mendapat secukupnya vitamin tertentu yang biasa terdapat dalam buah-buahan seperti vitamin C dan mungkin perlu mengambil suplemen.

Secara umumnya, mungkin bermanfaat bagi kebanyakan penghidap IBD untuk mengambil multivitamin secara tetap.

Jika anda mengalami malserapan atau telah menjalani pembedahan usus, lain-lain vitamin terutamanya vitamin D, mungkin diperlukan terutamanya di negara-negara beriklim sederhana dan pengambilan kalsium mungkin penting. Penggunaan steroid dan penyakit Crohn dikaitkan dengan penipisan tulang dan osteoporosis, oleh itu kalsium dan vitamin D yang mencukupi adalah sangat penting.

Secara umumnya, penghidap IBD tidak mengalami kekurangan mineral. Namun, suplemen kalsium, fosforus dan magnesium mungkin penting kepada orang yang mengalami penyakit usus kecil yang ektensif atau yang telah menjalani pembedahan membuang sebahagian besar usus kecilnya. Terapi zat besi berguna untuk merawat anemia. Zat besi diambil secara oral menukar najis menjadi hitam yang kadang-kadang menyerupai pendarahan usus.

Berapa banyak cecair patut saya minum?

Oleh kerana penghidap IBD sering mengalami cirit-birit, mereka berisiko mengalami dehidrasi dan akhirnya masalah ginjal. Pada awalnya, dehidrasi dan kehilangan garam membuat anda rasa lemah. Jika pengambilan cecair tidak mencukupi, fungsi ginjal akan terjejas. Risiko mengalami batu karang meningkat bagi penghidap penyakit Crohn. Kerana inilah, penghidap IBD perlu minum air secukupnya terutamanya dalam cuaca panas apabila kehilangan garam dan air melalui kulit adalah tinggi.

Adakah terdapat suplemen yang saya boleh ambil?

Pada masa sekarang, terdapat banyak kajian percubaan untuk melihat jika suplemen mempunyai manfaat dalam merawat penyakit radang usus. Contoh-contoh termasuk:

  • Ikan atau minyak biji rami, dalam pemakanan atau sebagai suplemen, telah membantu melawan keradangan dalam IBD
  • Karbohidrat kompleks (contohnya psilium) yang tidak dihadam oleh usus kecil, boleh merangsang bakteria dalam kolon untuk menghasilkan asid lemak rantaian pendek, yang membantu mukosa (lapisan) kolon untuk sembuh sendiri
  • L-glutamat dipercayai dapat menyihatkan lapisan usus kecil dan mungkin berguna dalam menyembuhkan penyakit Crohn tahap awal
  • Probiotik (contohnya persediaan Laktobasilus dan kultur hidup dalam dadih/yogurt).  Bakteria “baik” boleh membantu mengembalikan keseimbangan kepada bakteria usus (mikroflora). Yogurt hidup boleh menjadi sangat berguna dalam membantu menyembuhkan usus

Masih banyak lagi penyelidikan diperlukan untuk melihat bagaimana suplemen seperti ini boleh membantu menyembuhkan kolitis berulser dan penyakit Crohn.

Rawatan dengan mineral (selenium, kalsium), vitamin (asid folik) dan pengubatan tertentu (ubat 5-ASA dilihat dapat memenuhi peranan ini untuk ramai pesakit IBD) untuk mencegah kanser kolorektum masih lagi dalam penyelidikan dan akan ada banyak lagi mengenainya apabila hasil kajian baharu diterbitkan.

Senaman

Jika anda mengalami kemarakan simptom kolitis berulser dan penyakit Crohn, anda mungkin tidak mahu bersenam tetapi anda tidak harus menjadikan simptom sebagai alasan untuk tidak bersenam.

Kekal aktif bagus untuk anda secara psikologi dan fizikal.  Osteoporosis, keadaan yang mana tulang menjadi lemah dan rapuh, ialah satu komplikasi IBD yang boleh berlaku. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa senaman membina tulang dan membantu mencegah osteoporosis. Jika anda boleh bersenam, anda tidak berisiko ‘terlalu’ melakukannya hanya kerana anda menghidap IBD. Anda pastinya tahu jenis senaman yang anda boleh dan tidak boleh buat.

Ingat:

  • Anda tidak perlu melakukan aktiviti intensif untuk mendapat manfaat
  • Aktiviti kurang intensif (banyak yang boleh dibuat berdekatan fasiliti tandas) termasuklah meregang dan pengetonan, berjalan, berenang, berbasikal dan bermain golf
  • Melakukan aktiviti lebih berat secara tetap apabila anda berasa sihat adalah OK – terdapat beberapa atlet ternama yang menghidap IBD namun ia tidak

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 5.00 (1 votes)
Loading...

Borang maklum balas